Bab 3
Sepotong kunefe terus di suap masuk ke dalam mulutnya. Masih berasap nipis tetapi masih boleh dikunyah. Terasa keju yang berada di tengah-tengah nya memonopoli rasa manisan tradisi turki itu. Sangat sedap dan sudah semestinya menjadi antara manisan kegemaran Farhat.
Puan Zeda tersenyum gembira melihat wajah anak sulung nya yang sedang berselera menikmati manisan yang di buatnya. Dalam banyak-banyak anak yang dia ada, hanya Farhat seorang yang akan menyuruh nya masak bermacam-macam jenis aneka masakan bila dia pulang ke kampung.
" Sedap tak? " soal Puan Zeda, yang sudah duduk berdepan dengan anak lelaki sulungnya itu. Dari tadi bila nampak makanan, memang tak bercakap terus.
Dengan mulut yang penuh, Farhat menganggukkan kepalanya. Comot habis mulutnya makan kunefe. Tersisa krim cheese di jambangnya. Nampak macam tak pernah nampak makanan sahaja gayanya.
Menggeleng Puan Zeda yang memandang. Farhat yang ada depannya sekarang ini, bagai kanak-kanak yang berusia 6 tahun. Nampak sisi keanakannya di situ.
Kemudian, Farhat menghirup pula kahve yang sedang berasap nipis yang di tuang ke dalam cawan seramik kecil tradisional Ibunya.
Hmmm, rasanya menyegarkan. Sangat-sangat enak dan rasanya tidak sama seperti yang di jual di bandar. Yang Ibunya buat, lebih pekat dan kaw, dan tidak terlalu manis. Sedap melalui tekaknya yang cerewet.
Kahve merupakan sejenis kopi tetapi di panggil Kahve oleh rakyat Turki. Mereka akan menyediakan kahve di dalam bekas timah. Cara penyediaannya adalah, mulanya dengan mencampurkan serbuk kopi dan gula ke dalam bekas timah sebelum di didihkan perlahan-lahan. Pekat likat intense gituu rasanya.
" Ibu ni, kalau masak memang tak sah kalau tak sedap kan? Mesti nak masak sedap-sedap jugak. Boleh boroi lah Farhat nanti kalau macam ni.." Farhat cuit pipi Ibunya yakni ratu di hatinya.
Puan Zeda tersenyum dengan hidungnya sudah mengembang. Selain suka request masak banyak-banyak, Farhat juga merupakan sweet talker tauu. Puan Zeda dah selalu dah dapat ayat-ayat manis dari anaknya ini.
Tapi hairan jugaklah. Dah sweet talker, hensem, tinggi, berduit lah jugak, tetapi seorang perempuan pun tak terlekat ke dengan anaknya? Yang last dulu pun dengan Feriha, gadis bandar yang cantik. Tetapi sampai ke sudah tak de apa-apa pun yang di maklumkan oleh Farhat.
" Ermm.. Takde ke calon menantu Ibu? " soal Puan Zeda dengan wajah yang penuh tanda soal. Anak-anak nya yang lain, semuanya sudah berkahwin. Yang bongsu pun sudah bertunang.
Farhat mematikan senyumannya yang dari tadi terukir cantik di bibir. Nafas di hela, perlahan.
" Takde. "
" Ibu carikan nak tak? "
" Ikut suka Ibu la. " Malas Farhat mahu memikirkan tentang soal jodoh bagai. Hatinya sudah tawar untuk mencari dan memulai semula semuanya dari awal.
Puan Zeda menyentuh tangan kekar anak lelakinya. " Betul ni? Tak kesah kan kalau siapa-siapa pun yang Ibu cari? " soal Puan Zeda dengan wajah yang sedikit ceria.
" Iya.. Tak kesah pun. Mana-mana yang Ibu suka, mungkin Farhat juga akan suka." jawab Farhat acuh tak acuh. Dia membuang pandang ke luar tingkap rumah yang menghadap ke padang rumput.
Terlihat beberapa ekor lembu susu di tarik oleh pekerja yang di gajikan untuk membawa serta menarik semula lembu masuk ke dalam kandang selepas lembu makan rumput.
" Takpelah, kalau macam tu. Farhat nak jumpa Pak Althaf sebentar. Nanti Ibu masak kan makan malam banyak-banyak ya. Farhat mungkin akan bermalam di sini. Barang-barang basah pun Farhat dah beli. Ada dalam peti ais semuanya. " Farhat menghirup sehingga habis secawan kahve sebelum melangkah ke luar rumah.
Puan Zeda sudah tersengih-sengih. Wajah anak lelakinya bersama caption..' SIAPA YANG INGIN MENJADI ISTERI FARHAT YANG LENGKAP SEGALA PAKEJ, BOLEH PM AUNTIE ZEDA YA!
Done, upload!
Haishh, tak sabarnya nak ada menantu. Boleh lah nanti menemaninya serta melahirkan cucu yang comel-comel untuk anaknya. Auchh, tak sabar!
======
" No..No..No.. Aiyla tak setuju. Kenapa nak gugurkan anak Aiyla? Ini anak Aiyla. Darah daging Aiyla sendiri. Dia tak berdosa. " Aiyla sudah menangis sambil memeluk tubuhnya sendiri.
Puan Feriha mengeluh, kasar.
" Dah tu, nak biar anak haram tu hidup bawak bala dalam keluarga kita? No, mama tak setuju. Nak tak nak, Aiyla tetap perlu gugurkan juga kandungan tu. Mama dah tanda tangan surat menggugurkan kandungan Aiyla." ujar Puan Feriha juga nampaknya mula beremosi.
Orang buat semua ni demi kebaikan Aiyla. Tetapi anak perempuan nya itu tidak henti pula nak menentang. Apa masalahnya sampai tak nak gugur kan kandungan tu? Baby tu pun bukan sah taraf pun. Buat malu je membesarkan baby yang tak pasti siapa bapanya dan nasab keturunan nya..
" Baby ni tak berdosa. Please lah, ma. Fikir dengan rasional. Baby ni bakal Cucu mama. Mama sanggup ke nak buang Cucu mama sendiri?
Banyak pasangan yang dah lama kahwin, tapi tak punya rezeki untuk memiliki cahaya mata, tetapi Aiyla merupakan salah seorang yang bertuah. Biarpun, kedatangannya datang dari cara yang salah, tetapi baby ini tetap anak Aiyla. " Aiyla mengusap perutnya, lembut.
Rambutnya di kusutkan, kasar. Tangannya di ramas-ramas, kuat. Puan Feriha mencampak selendang yang melilit lehernya ke lantai.
Dia pun bodoh juga. Ingatkan Aiyla akan bersetuju selepas mendengar apa yang di katakan tadi. Tak sangka pulak anaknya akan menentang sekeras-kerasnya. Kalau lah Puan Feriha tahu, hal ini akan berlaku, pasti dia tidak akan memberitahu langsung anaknya. Biar Doktor bius dan buang sendiri baby tak guna tu.
Mesti Bala dari si Bapak sudah melekat dekat baby haram tu. Buat perangai pulak. Kalau dapat dekat Puan Feriha, dah lama dia picit-picit baby tu sampai mati.
Sudahnya Puan Feriha segera berlalu keluar dari wad. Dia perlu meredakan emosinya. Sabar, Feriha. Sabar.. Tak lama je lagi, kau mesti dapat buang baby tu. Takpe, Feriha. Percayalah, Tuhan pasti akan membantu kau.
Sementara dari dalam bilik, Aiyla sedang berbicara dengan anaknya. Sambil itu dia mengusap perutnya. Tak sangka di dalam perut kecil itu, terdapat satu nyawa sedang menginapinya. Menumpang sebentar sebelum bakal di lahirkan sembilan bulan kemudian..
'Mummy sayang dekat baby mummy ni. Jangan nakal-nakal ya sayang dalam perut mummy. Jadi baby yang baik. Mummy akan menjaga baby mummy dengan sebaik-sebaiknya. Kasih sayang seorang bapa juga, mummy akan cuba berikan lebih dari seorang bapa mampu.' desisnya bersama dengan air mata yang menitis perlahan menuruni pipi.
Aiyla menyeka air matanya, pantas. Tidak mahu sesiapa pun yang perasan akan matanya yang mulai sembab.
Aiyla berharap sangat mama akan berlembut hati dalam menerima cucunya nanti. Jangan salahkan anak Aiyla, mama. Dia tak minta untuk di lahirkan dalam keadaan macam ni. Tuhan menghadirinya untuk memeberikan sedikit kebahagiaan buat Aiyla selepas Aiyla melalui kelukaan yang perit.
=====
Hari berganti hari, Aiyla semakin tabah dalam menghadapi hari-hari yang kian mendatang. Dia agak musykil juga sebenarnya. Mengapa dia masih di tahan dekat Hospital walaupun keadaannya sudah stabil?
Pada tengah hari itu, Doktor bersama dengan jururawat yang bertugas datang melawatnya. Seperti biasa Doktor akan melakukan prosedur perubatan yang selalu di lakukannya. Memeriksa keadaan darah, denyutan nadi bagai. Tapi yang paling Aiyla pelik adalah, jururawat yang berdiri di sebelah Doktor dari tadi, mula menyapu sejenis ubat di tangannya. Ubat yang membuatkan seseorang merasa kebas.
Kenapa sapu ubat tu? Hati kecil Aiyla mula bersoal dengan penuh tanda tanya.
" Kenapa ni doc? Ubat ni macam ubat yang di sapu sebelum nak suntik je. Ada apa-apa ke yang serius pasal saya ni, Doc? " soal Aiyla.
Doktor tersenyum tanpa menjawab. Jarum suntikan yang berada di atas dulang besi di ambil lalu di cucuk ke dalam sebotol kecil cecair yang Aiya tak pasti cecair apa tu. And,terus doktor menyuntik ubat itu ke tangan Aiyla. .
Aiyla tidak sempat melakukan apa-apa. Dia bagaikan terkaku. Di biarkan sahaja tangannya di suntik sehinggakan habis cecair itu masuk ke dalam tangannya.
Tak lama selepas itu, Aiyla mula merasakan matanya mulai memberat. Terasa begitu berat kelopak matanya untuk membuka mata. Kepalanya juga terasa agak pening. Tanpa sedar, dia sudah pengsan selepas di suntik dengan ubat bius itu. Puan Feriha yang memandang dari luar wad, hanya tersenyum penuh makna.
====
Share this novel