Bab 5
" Macam mana boleh hilang? Korang ni memang tak pandai buat kerja ke? Perempuan sorang pun tak reti jaga. Ni, anak aku hilang ni, siapa nak tanggung? Aku tak kira. Aku nak saman hospital ni sebab hilangkan anak aku." Puan Feriha nampak begitu beremosi. Habis semua benda yang dia nampak kerja nak di baling sahaja.
Tuan pengarah hospital sendiri terpaksa turun padang dalam menyelesaikan hal ini.
" Sabar Puan. Pihak kami masih mencari Cik Aiyla. Kami pasti dia masih berada di sekitar hospital ini sahaja. Kalau kami dah jumpa, secepat mungkin akan melaporkan kepada Puan. Puan cuma perlu bersabar sahaja." Lelaki separuh umur berkata dengan tenang.
Dalam keadaan ini, dia harus tenang untuk menyelesaikan masalah. Api seperti situasi Puan Feriha perlu di hadapi dengan percakapan yang tenang seperti air. Barulah kedua-dua dapat bertolak ansur.
" Arghh, Aku tak kira. Kalau lagi setengah jam korang tak jumpa anak aku, Aku nak saman terus hospital ni. " Puan Feriha dengan angkuhnya terus berlalu pergi.
Pengarah hospital hanya mampu menggelengkan kepalanya. Influencer terkenal seperti Puan Feriha begitu berpengaruh di dalam media sosial. Tuan Pengarah pasti jika dia ada tersilap kata walaupun sedikit, pasti hal itu akan menjadi viral dan berkemungkinan besar orang ramai akan memboikot hospital nya.
Mereka semua segera bersurai kerana tiada kata putus yang dapat di utarakan. Kejadian kehilangan Aiyla terasa begitu pantas. Mereka yang bertugas juga langsung tidak menyedari akan hal itu. Sedar-sedar sahaja bila dah tolak ke bilik operation, last-last baru perasan orang lain yang mereka bawa.
Kalau nak kata orang asing yang buat, rasanya mesti tak logik juga kan? Bukan apa, hospital itu di lengkapi dengan sistem security yang canggih serta dari jenama terkini. Dalam soal teknologi, sememangnya tidak dapat di nafikan Hospital ini melangkah jauh ke hadapan daripada kebanyakan hospital yang lain.
Mereka akan segera mencari Aiyla juga walaupun tidak pasti dari mana harus bermula.
=====
" Lupakan dia. Banyak lagi perempuan lain yang lebih baik, cantik dan sempurna dari dia. " Wanita berkardigan maroon labuh itu bersuara setelah menyedari hanya keheningan sahaja yang mengisi suasana di dalam kereta pada waktu itu.
Setelah mengetahui akan hal yang menimpa Aiyla, Puan Leyla tidak ingin lagi menjadikan gadis itu sebagai bakal menantu nya. Dasar persahabatan nya dengan Puan Feriha juga kelihatan agak renggang. Masing-masing mempunyai ego yang tinggi. Pastilah masing-masing ingin mempertahankan anak-anak masing-masing.
" Mum, I love her. Tak mudah nak lepaskan orang yang I sayang. Sekali dah masuk dalam hati I, jangan harap I nak lepaskan dia pergi." jawab Steffan, tegas. Itu pendiriannya.
" Tapi, dia dah di tebuk tupai. You tak malu ke dapat wife di tinggalkan kupu-kupu? Entah mana-mana lelaki buaya darat yang pergi rogol dia.." Puan Leyla memeluk tubuhnya sambil menghala pandangan ke luar tingkap kereta.
" Banyak ekk istilah haiwan yang Mum guna..Hahahah, mum please jangan macam nihh.. I tak nak gaduh dengan mum pasal hal ni. Biar I settle kan sendiri hal I. You don't need to merajuk dengan I..Nanti mesti dah tak comel mum I ni kalau suka merajuk. " Pipi tembam Puan Leyla di cubit sedikit menggunakan sebelah tangannya.
Puan Leyla menahan tawanya dan berpura-pura mengeraskan dirinya tanpa mahu memandang anak lelakinya. Pandai ya pujuk hatinya yang tengah panas sekarang ini?
Tapi dia tidak dapat berkompromi dalam hal yang satu ini. Mengingatkan tentang apa yang berlaku kepada Aiyla, sudah cukup membuatkan kesemua rasa kagum serta keinginannya untuk bermenantukan gadis itu, terus terkubur begitu sahaja. Dia tidak ingin langsung anaknya berkahwin dengan perempuan yang sudah tercemar. Pasti nanti akan datang bala oleh Tuhan di sebabkan perkahwinan yang tidak suci itu.
Puan Leyla pasti anaknya akan memutuskan juga hubungannya bersama dengan Aiyla tak lama lagi. Tunggulah, Puan Leyla sudah merencanakan rancangan nya dengan begitu terperinci sekali.
Ini Leyla Ozcan lahh.. Don't play..play okay?
======
Nisa membantu anak majikannya melukis di kertas kosong. Nampak cantik lukisan itu setelah di campur dengan hasil tangannya juga. Nisa merupakan seorang pekerja yang sangat berbakat. Pegang lah apa-apa pun, pasti menjadi.
Puan Zeda turun dari tingkat atas bersama dengan Farhat. Mereka melangkah ke ruang tamu yakni tempat Nisa dan Ziyad melukis.
" Nisa. " panggil Puan Zeda lembut bersama dengan senyuman.
Nisa pantas memanggungkan kepalanya. Tersenyum kecil dia tatkala majikannya memanggilnya dengan lembut. Pengalaman nya yang dahulu sudah cukup membuatkan dia trauma. Dia telah di siksa oleh majikannya sendiri sehingga terpaksa di kejarkan ke hospital.
Tetapi nasiblah. Sejak dia bekerja di sini pada beberapa bulan yang dahulu, layanan yang di berikan oleh Puan Zeda sekeluarga, sangatlah menyenangkan. Mereka tidak melayaninya seperti orang gaji. Dia di hormati serta disayangi juga.
" Ermm..duduklah dulu dekat sini. Saya dan Ibu ada benda nak cakap ni." Farhat menjemput wanita yang berusia 40-an itu duduk bersama dengan dia dan Puan Zeda di sofa.
Nisa tidak banyak bercakap. Di turuti sahaja arahan anak majikannya itu.
" Begini. Kami nak minta tolong Nisa sikit, boleh?" Farhat menyusun kata-kata nya dahulu.
" Boleh. Jika ada yang Tuan dan Puan perlukan, beritahu saya sahaja. Saya akan cuba membantu semampu yang saya boleh."
Farhat berpandangan dengan Ibunya sebentar sebelum menarik nafas berat.
" Ermm.. Nisa ada kenal tak wanita yang cantik, pandai masak, pandai kemas rumah, umur lingkungan 20-an, baik, penyayang, hormat suami, peramah dengan Mak mentua, mempunyai lesung pipit, berambut ikal mayang, rajin, menyenangkan dan bijaksana? Sebab saya nak cari calon isteri yang bersesuaian dengan diri saya sendiri." soal Farhat dengan mukanya yang serius.
Puan Zeda di sebelah sudah melopong mulutnya. Tak sangka anaknya secerewet ini. Mana nak jumpa perempuan limited macam tu lagi, anak oii?! Tadi cakap tak cerewet sangat. Aduhh, jenuh Nisa nak mencari nanti.
Mulanya Farhat menyuruh Puan Zeda yang mencari wanita yang sesuai untuknya. Tetapi Puan Zeda menolak setelah lama berfikir. Puan Zeda dan keluarga nya baru sahaja berpindah ke sini, jadinya Puan Zeda tidak berapa mengenali sangat orang-orang di kawasan ini.
Nisa pula merupakan penduduk asal di sini. Pastinya wanita yg itu sudah mengenali banyak wanita di sini.
Nisa menggigit bibir bawah nya.
" Ermm.. boleh berikan saya masa? Nanti setelah menjumpai wanita seperti itu, pasti saya akan segera membawanya berjumpa dengan Tuan. " Nisa memberikan jawapan selamat.
Farhat menganggukkan kepalanya, bersetuju. Bab jodoh ni bukan boleh di buat main. Ia memerlukan masa juga. Nak pilih ikan dekat pasar pun, kita ambik masa juga kan?
Nak pilih yang masih segar, mata tidak berwarna merah lagi, badan ikan tidak lunyai lagi.. Ermm, mengambil sedikit masa juga kan?
" Kalau awak berjaya menjumpai wanita itu, saya akan memberikan ganjaran yang paling berharga untuk awak. Itu pun kalau jumpa lah. " Farhat tersenyum senang.
Puan Zeda pula dari tadi masih diam. Dia ingin memberikan anaknya ruang untuk berbicara sendiri tentang pilihan hatinya. Dia menyokong sahaja mana-mana yang baik di mata anaknya. Yang penting anaknya bahagia sudah la.
Share this novel