CHAPTER 11

Drama Completed 2311

Hari berjalan biasa semenjak hari itu.Kadangkala aku mengajak Raziq dan cikgu untuk membantuku.

"Ryan,boleh tak cikgu nak bantu kamu kalau ada kes?,bahaya anak murid cikgu buat macam ni."

Dah kenapa cikgu Rafidah malu malu mengucapkan itu.Aku pun bertanya begitu pada Raziq dan ermm..Saad.

"Raziq,kau boleh bantu aku kalau ada kes?" Raziq hanya mengangguk.Saad pulak lain ceritanya.

"Kau nak bantu aku kalau ada kes?" Saad yang tak tahu apa apa mengangguk.Dia nampak teruja akhirnya aku berkata biasa dengan nya.

Kami mula rapat sejak itu.Saad akhirnya mengetahui segalanya lepas kami menceritakan kisah kami itu.

Dia tak terlalu terkejut.Dia seakan sudah tahu.Banyak jugak kes berlaku sejak hari itu yang kami selesaikan bersama.

Walaupun kes lebih tertumpu kepada aku dan Raziq namun cikgu dan Saad tak boleh dipinggirkan.Mereka mahir berkata dan berdebat.

Nama Criminal Hacker juga makin dikenali umum bahkan ura ura sudah ke luar negara.

Dua persoalan masih misteri iaitu siapa yang menyamar jadi aku dan kemana hilang detektif polis itu.

Beberapa bulan selepas itu..

"Tha!,abang dah balik!" Tiada sahutan.Biasanya sering terdengar jawapan dari Talitha.Namun hari ini tiada yang berlaku.

"Takkanlah dia keluar kot?" Ryan bermonolong.
Ryan melihat ayahnya pun tiada.

"Ohh,dia bawa ayah keluar ni." Ryan menunggu dibiliknya.Namun beberapa lama kemudian bayang adik dan ayahnya tidak kelihatan.

"Mana diorang pergi ni?" Ryan terus berfikir negatif.Otaknya laju memikir kemungkinan buruk.

Ia menjangkakan ayahnya dan adiknya diculik atau lebih teruk.Mungkin pengaruh kes pembunuhan yang dipecahkannya.

Mungkin ini salah satu faktor utama ayahnya tidak membenarkan Ryan menjadi penyiasat pada zaman persekolahannya.

Waktu masih berjalan hingga pukul 11 malam.Ryan mula hendak bertindak.Dia memikir kemungkinan mahu mengajak "GENG" nya itu memandangkan waktu sudah lanjut.

Ryan menelefon mengatakan kepada mereka..

"Kalau malam ni ada kes, sanggupkah korang ikut aku?" Tanpa ragu mereka menginyakan.

Ryan mengatakan semua yang ia tahu sebelum mereka berkumpul di rumah Ryan pukul 11:30.Mereka akhirnya tiba tak lama kemudian.

Selepas mencari beberapa data mereka bergerak ke lokasi yang di hack oleh Ryan.Mereka akhirnya tiba.

Kosong!, selangkah selepas mereka masuk,mereka dapati rumah itu tidak berpenghuni.

Kemungkinan hanya telefon yang disembunyikan di situ.Tiba tiba pintu tertutup dari belakang.Terbeliak wajah kami melihat wajah si penutup pintu.

Ianya detektif tempoh hari.Ia masih hidup dan sihat sempurna.Dia juga terlihat lebih gagah berbanding kes yang lepas.

"Macamana kau boleh lepas hari tu?" Cikgu Rafidah menyoal dengan garang.Sungguh geram dengan perlakuan lelaki itu tempoh hari.

Cikgu Rafidah masih bersyukur ia masih perawan dan tidak diapakan oleh Lelaki itu.Lelaki itu akhirnya menjawab.

"Korang yang leka sangat..kau ingat aku betul. betul ke kat korang hari tu.Aku acah jelah.Sekarang aku dah boleh ambik nyawa korang."

Saad yang kali pertama ternampak sisi menyeramkan detektif itu terkejut.Matanya meliar mencari adik dan ayah Ryan.

"Mana kau sembunyikan adik dan ayah aku?"

Ryan membentak.Detektif itu menarik tubuh kecil adik Ryan ke hadapan mereka.Dia juga menarik tubuh ayah Ryan kehadapan mereka.

"Diorang dah mati!Hahaha"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience