CHAPTER 2

Drama Completed 2311

"CRIMINAL HACKER!!,
"CRIMINAL HACKER!!,
"CRIMINAL HACKER!!"

Laungan suara yang gembira dan teruja apabila criminal hacker berjaya memecahkan misteri pembunuhan yang berlaku di salah satu sekolah daerah itu.

Kes yang melibatkan seorang guru dan beberapa murid perempuan itu menjadi tanda tanya siapa yang membunuhnya.

Masa itulah nama general hacker disebutkan dan tidak sia sia laungan itu.Criminal Hacker berjaya memecahkan misteri itu dengan mudah.

Tiada siapa sangka pembunuhnya merupakan guru disiplin sekolah itu sendiri.Dia dikatakan takut apabila guru berkenaan mengugut memberitahu bahawa dia sudah merogol anak muridnya sendiri.

Waktu itu dia terus membunuh cikgu itu dan beberapa murid perempuan yang pernah menjadi mangsanya.

Waktu itu kecoh seluruh negara yang mengatakan criminal hacker merupakan guru atau pelajar sekolah itu.

"Ok semua..seperti yang sedia maklum,sekolah kita telah didatangi beberapa polis untuk siasatan general hacker.Semua dah tahu kan?"

Ujar Cikgu Rafidah kepada murid muridnya.Semuanya bersorak gembira sakan kecuali Ryan.Cikgu Rafidah perasan itu tapi membiarkan sahaja.

"Aduh,ujian apa dia nak buat sebenarnya..aku nak jadi rahsia saja,susah sangat ke?" Aku berkata dalam hati.

"Cikgu!,cikgu tahu tidak selepas ini ujian dia macam mana?" Aku bertanya cikgu Rafidah.

"Cikgu pun tak kena lagi,cikgu tak tahu.Kenapa kamu risau sangat?" Soal Cikgu Rafidah apabila pelik dengan kerisauan Ryan.

"Saya mestilah takut cikgu,saya tidak tahu apa yang polis nak buat" Ryan membuat muka risau.

"Lah sebab tu jeke.Ingatkan dia takut sebab apalah"

Kami pun menunggu giliran.Setiap giliran dianggotai 4 orang.Polis mengambil mengikut nama.Aku huruf "R".

Aku berkumpulan dengan cikgu Rafidah.Saad Salleh dan Raziq Mahmood dari Bangladesh.Dia merupakan pelajar baru yang tidak terkenal.

Maklumlah dari Bangla.Mungkin orang tak suka bau busuk dia kot.Banding dengan aku orang asing tapi terkenal.

Kami awalnya menduduki ujian ringkas setaraf ujian FBI,Aku rasa..Selepas itu kami disoal beberapa soalan peribadi setaraf soalan detektif.

Aku tidak tersasul kata.Aku berpura tidak tahu jawapan dan menjadi murid biasa walau aku tahu jawapannya.

Aku dapat rasakan kelainan pada Raziq Mahmood,meski dia pendiam tapi otaknya pandai.Dia seakan tahu jawapan dan berpura sepertiku.

Aku dapat lihat Cikgu Rafidah dan Saad lambat sedikit jawab.Raziq pula dari tadi merenungku seakan memberi kata

"Kau ingat aku tak tahu kau ni siapa ?"

Tidak hanya dia tapi seorang polis yang aku rasa seperti detektif memandangku dengan pandangan seperti Raziq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience