CHAPTER 13

Drama Completed 2311

Airmata Ryan mengalir deras.Mungkin sedingin ais.Mungkin sedingin malam ini.Aku hanya memandang dari jauh.

Mungkin ini kali pertama dan terakhir aku dapat lihat Ryan menangis.Selama ini hanya tindakan coolnya menghalangi ajakan aku saja aku dapat lihat.

"Aku percaya kau Ryan!,kalahkan dia." Aku meluru kearah detektif itu.Ryan juga sedang mengamuk waktu itu.

"Hoi!!,korang buat apa!!,tahanlah!!" Ini kali pertama aku marah seseorang.Polis terpinga dengan tindakanku.Ingat aku pendiam ke.Ni Saad lah.

Polis menahan tindakan Ryan yang menterbalikkan beberapa kali detektif itu.Detektif yang aku lihat betapa gagah hampir mati.

Keadaan dapat dikawal beberapa minit kemudian.Detektif itu ditangkap.Ryan menghampiri ayah dan adiknya.

"AYAH!!,THA!!" dia memeluk dan mencium pipi kedua anggota keluarganya itu. Aku seakan mendengar lagu "Please Stay" waktu ini.

Kami menutup mata dan hidung.Sedih.Itu yang dapat kami gambarkan apabila melihat keadaan Ryan.Polis membiarkan kami berehat seketika.

"Kau kan yang buat semua nii.Bukti yang aku bunuh tu kau yang buat kan?!!" Ryan menjerit menanyakan detektif yang sedang digari.

Detektif itu hanya mengangguk.Sayup sayup terdengar suara memanggil...Kami menoleh.

"Ryya..n...anak ayah..a..yah benarkan kam..u jadi detektif..tapi jjan..gan bahayakan di..ri......terima...ka..sih........" suaranya tidak kedengaran lagi.

"Ab..angg..terima kasih se..lamatka...n tha..Adik say...ang abang..a..dik pergi...dulu.."

"Jangan!!,abang yang patut terima kasih.Tha tak..salah.Ayah ,saya derhaka kat ayah..tak pernah jaga ayah..."

Tangisan berjatuhan disana sini.Semuanya tidak dapat diundur kembali.Masa itu emas.Yang buruk hanya kekal kenangan.

Beberapa minit kemudian kami dibenarkan keluar.Wartawan menyerbu kami dan polis sebaik keluar rumah tersebut.

"Betulkah Criminal Hacker dah ditemui." Wartawan memandang kami.Ryan menundukkan wajah.

Bulan perlahan lahan menghilang.Keluarga aku,Raziq dan Cikgu Rafidah tiba tak lama kemudian.Keluarga Ryan?.....Aku harap Ryan tabah.

Beberapa bulan kemudian...

"Semua dah sedia?" Soal Sarjan Redzuan.Kami mengangguk senang.Hari ini bakal jadi hari bersejarah buat kami.

"Hei!,korang tahu tak dulu ada sekali aku tak beraksi.Korang rasa detektif tu ke yang menyamar jadi aku?"

Semua terdiam.Tiba tiba Raziq tersenyum.Kami pelik.

"Hahaha,aku ingat kau dah tahu..tu aku lah." Dia pun menerangkan sebabnya.

"Kiranya kau berjasalah dengan aku.Hahaha"

"Lagi satu,macammana kau boleh ada masa kes cikgu Rafidah masa tu?" Satu persoalan ini masih aku belum dapat ungkap.

"Sebenarnya time tu..aku tengah check detektif tu dengan kau.Aku dapat rasa aura lain kat kau.Aku rasa detektif tu ada niat buruk kat kau"

"Patutlah..." Perhatian kami akhirnya teralihkan.Kami kini berhadapan Agung Malaysia.Namun khasnya kami semua berada di padang besar yang dibuat pentas.

Seluruh pelusuk Malaysia berkumpul di situ.Aku berdebar debar.

"Dijemput Ryan Thomas Mattheus untuk mengambil pangkat kebesaran Dato'.."

"Terima kasih.." "Y.Mulia saya rasa bukan saya sahaja yang layak.Mereka juga layak." Aku menunjuk kearah GENG ku.

"Korang kan dah membantu..tak nak ke?" Ryan menawar.Namun gelengan dihadiahkan.Majlis berjalan lancar.

"Aku pun nak sebenarnya..tapi aku rasa aku tak cukup layak.Kita bagi jelah kat dia.Hanya dia yang lebih layak." Kata Saad kepada GENGnya sewaktu Ryan diatas pentas.

"Selepas ini Ryan akan berangkat ke Italy untuk menginap disana.Pakciknya menawarkan dia untuk tinggal disana.Kita doakan agar dia baik baik sahaja."

Aku pun bertolak seusai majlis habis.Raziq,cikgu dan Saad..TERIMA KASIH.Kami berpelukan sesama sendiri.Aku hanya senyum dihadapan cikgu.Tak manis kami berpelukan.

"Mr.Ryan,we need to go now.."

"OK..Bye semua!!!"

Aku akhirnya menaiki kapal terbang ke Italy.Nampaknya aku akan menetap lama disana.Mungkin tidak akan kembali ke Malaysia.

Seluruh dunia dah tahu keberadaan aku.Tak begitu selamatlah kat Italy.Hahaha.

"Thank you,semua..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience