CHAPTER 6

Drama Completed 2311

"Siapa budak yang menyamar jadi aku tu?"

Monolog Ryan dari semalam sudah berbicara.Mana tidaknya bukan dia yang ada di TV semalam tapi yang ada semalam orang lain.

Apa yang lebih menghairankan pemecahan misteri tu hasil daripada usahanya.Sama seperti yang hendak dipecahkan di kaca TV itu.

"Baik murid murid!,duduk tempat masing masing!" Perintah Cikgu Rafidah sejurus masuk ke dalam kelas.

"Sekarang kita semua dah boleh belajar seperti biasa.Disebabkan kes Criminal Hacker tempoh hari,sekolah kita terpaksa menunda sesi PdPc."Jadi kita dah boleh belajar mulai sekarang."

Semua pelajar mula bosan.Seperti adat pelajar Malaysia,semua akan malas untuk belajar.

"Jadi buka buku latihan yang cikgu bagi hari tu.Jangan pura pura lupa pulak" Semua murid pun menunjukkan riak risaunya..

Pada waktu rehat...

"Boleh aku duduk sini?" Ucap Saad kepadaku yang sedang menikmati makanan di pondok rehat.

"Boleh,boleh,sila lah" Ucapku kepada Saad dengan mulut penuh.

"Sekarang kau dah mengaku ke boleh cakap macam biasa?" Aku diam.Satu lagi masalah tak selesai lagi.

"Saya tengah berlatih lagi untuk cakap macam
orang lain."

"Oh,tak nak mengaku lagi.Takpelah jom sembang pasal lain pulak." Saad masih tak nak mengalah. "Biar pi lah dia"Monolog ku berkata.

Lama lama aku fikir Saad ni tak macam budak biasa.Dia selalu ambil peluang nak cakap ngan aku.

Mungkin dia ada masa aku tengah buat siasatan kot.Lepastu dia copy jawapannya dan sebarkan kat internet.

Aku terus berfikir.Aku tak letak jawapan pada kertas uji kaji aku.Aku letak informasi saja.Jadi mesti orang yang pandai je yang dapat tahu jawapannya.

Saad tak nampak macam budak pandai.
Ehh,jahatnya aku.Yang nampak betul pandai dia tu Raziq.Haah,Raziq pandai tapi dia sembunyikan kepandaiannya tu.

Sepatutnya Raziq jadi suspek utama bukan Saad.Aku terus menoleh.Mana tahu Raziq tengah perhati aku.

"Raziq tak ada lah!" Itu yang aku dapat.Kelibat Raziq tak ada di sini.

"Woi! kau dengar aku cakap tak ni." Meja aku tiba tiba diketuk.Aku lihat wajah Saad yang sudah geram.

"Ap..apa dia.Saya tidak dengar apa yang Saad cakap." Saad menepuk dahinya."Aduh,buat pernah aku cakap panjang lebar lebar." Kami ketawa bersama.

Di tempat lain..

"Nasib baik dia tak nampak aku." Raziq berkata dalam hati dengan bahasa Bangladeshnya.

"Jadi,aku dapat maklumat baru lagi.Saad nampak macam tahu rahsia dia.Walaupun Saad macam tak de otak dia boleh pakai jugak"

Raziq menulis didalam catatannya sebelum bergerak ke kelasnya.Jadi sekarang,Raziq tinggal seorang lagi yang perlu di check.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience