CHAPTER 12

Drama Completed 2311

"Diorang dah mati!Hahaha" Ketawa kuat lelaki itu.Tiba tiba ia meluru kearahku dan menterbalikkan aku.

Yang lain terpinga.Dia laju pulak bergerak ke Raziq.Raziq masih mampu menahannya sebelum tumbang.Diikuti Saad yang jatuh dengan cepat.

Cikgu Rafidah pula tertekan waktu itu.Raziq menahan kaki detektif itu.Cikgu Rafidah memukul sekuat yang ia mampu ke muka detektif itu.

Namun usahanya gagal.Detektif itu menoreh sedikit kulit cikgu Rafidah sehingga cikgu pengsan.Tangan Raziq pula hampir hancur dipijak detektif itu.

Detektif itu membawa cikgu Rafidah keatas yang terdapat sebuah bilik kosong.Aku masih nyawa nyawa ikan.Raziq pula sudah bangun.Begitu juga Saad.

"Kita kena rancang strategi dulu nak serang lelaki tak guna tu!" Aku memulakan pembicaraan.Namun tiba tiba

"Arghh!" Suara jeritan perempuan kedengaran di atas.Kami bergegas naik ke bilik itu.Pintu terbuka.

Talitha kini bertarung dengan lelaki itu.Cikgu Rafidah juga membantu.Aku dan lain mula mencorak strategi.

Tiba tiba terdengar suara langkah kaki.Lelaki itu tersenyum.Langkah kaki semakin kuat kedengaran.

"Criminal Hacker kat sini!" Kami berpandangan sesama sendiri.

Tiba tiba detektif itu mencucuk tangannya hingga terpercik darah berhadapan Talitha.Talitha berlumuran darah.

Lelaki itu rebah.Polis secara mengejut tiba.Kami terkejut dengan apa yang berlaku.Polis memandang Talitha yang berlumuran darah.

"Angkat tangan!!" Polis terus menyuruh kami tanpa soal selidik dulu.Kami mempertahankan diri.

"Dia yang cucuk diri sendiri!"

Aku mengatakan.Aku memandang dia yang terbaring kaku dibawah.Talitha pula seakan trauma dengan apa yang berlaku.

"Saya tak sangka info yang saya dapat selama ni benar.Criminal Hacker adalah seorang Criminal.Siapa yang bukan Criminal Hacker menjauh sekarang atau saya tahan!"

Yang lain menjauh seketika.Kelihatan air mata menitis ke baju mereka.Aku tergamam.Adakah
mereka tidak mempercayaiku.

Polis menceritakan apa yang ia dengar dari para banduan yang ditangkap Criminal Hacker.Banduan mendakwa CH yang menbunuh dan dia dikurung mereka.

Aku terkejut.Polis menyambung lagi.

"Banduan mengatakan didatangi seorang bertopeng dan membunuh mangsa didepannya.Banduan juga terluka.Kami mempunyai bukti."

Raziq,Saad dan cikgu terdiam.Mereka tidak menyangka perkara ini berlaku.Mesti mereka berfikir aku yang melakukan.

"Aku baru mengenali dia sekarang ni.Aku tak tahu dia yang dulu.Mungkin betul apa yang dikatakan polis."

Raziq dan cikgu Rafidah berkata dalam hati.Hanya Saad yang menolak kenyataan itu.Polis menunjukkan bukti kepada mereka dan aku dari jauh.

"Saa.." "Jangan gerak!" Polis lain mengacukan pistol kearahku."Itu bukan kerja saya!" Aku mempertahankan diri.

Aku kembali memandang detektif itu.Dia satu satunya yang aku jangka melakukan semua ini.Aku dapat lihat senyumannya.

Ehh!,dia senyum.Aku segera berteriak.Namun teriakan Talitha lebih kencang.

"Abang!!" Talitha menjerit sekeras mungkin.

"Pomm!" Kami semua berpandangan.Talitha rebah dihadapanku.Dia berlumuran darah yang lebih banyak dari tadi.Warnanya lebih pekat.

"HAHAHA,BODOH PUNYA POLIS!!,LAIN KALI CHECK DULU TU DARAH ATAU APAAA"

Detektif itu mengeluar jus tomato dari jaketnya.Aku terkesima.Polis mahu bertindak.

"Pomm!" Tembakan tepat mengenai perut ayah.

"Ayah!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience