CHAPTER 3

Drama Completed 2345

"Hurhh!,penatnya cikgu!" Ryan mengeluh sebaik mereka keluar dari bilik pertanyaan. "Tulah,cikgu pun berdebar tadi.Kamu ni Raziq dengan Saad tak penat ke?" Cikgu Rafidah menyoal Saad dan Raziq yang berjalan perlahan sebaik keluar dari bilik. "Penatlah cikgu..cikgu tak nampak kaki saya tak habis bergetar lagi ni.Muka polis tu garang nak mampos..Menyeramkan" Saad terus menjawab sebaik ditanya cikgu.Memang muka polis seakan mahu mencari gaduh. "Kamu pulak Raziq tak penat ke?" Sebaik hendak tanya begitu Raziq sudah lesap dari pandangan mata.Memang dia ni pemalu betullah. "Haihh malu betul dia ni" Kata Cikgu Rafidah dalam hati. "Oklah,yang lain dah balik korang boleh lah balik.."Cikgu Rafidah mengucapkannya kepada Saad dan Ryan. "Saya balik dahulu ya cikgu?" Ryan memberitahu Cikgu Rafidah sebelum beredar bersama Saad. "Seram gila aku tadi..selamat polis tu tak tanya banyak lagi soalan kalau tak nak mati aku.Polis tu dah lah muka macam Jack The Ripper." Saad berkata apabila mereka berdua bersama."Kau pernah tengok muka Jack The Ripper ke?" Ryan Menyoal.Terus berubah muka Saad.Mula mula Ryan pelik tapi last last baru dia sedar. "Kau reti cakap macam biasa rupanya.." "Mana ada saya pandai cakap macam biasa.Saya masih hendak belajar lagi." Ryan cuba menutup kesalahannya. Mukanya sudah sedikit kemerahan.Bukan sebab apa,dia takut rahsianya terbongkar.Saad pun macam pandai je dia punya otak. "Alah,itu pun nak berahsia..takpe aku tak kesah..tau.Dah lah aku balik dulu.." Saad menepuk belakang Ryan sebelum berlari ke kereta maknya di luar pagar sekolah. "Ahh!,aku harap rahsia aku tak terbongkar." Suara Ryan terkeluar sendiri.Dia harap Saad tidak menceritakan hal ini kepada yang lain.Saad bukan boleh percaya sangat. Ryan tidak sedar sepasang mata sedang memerhatinya.Tidak!!,sebenarnya 2 pasang mata sedang memandangnya dari kejauhan. Ryan bergerak keluar pagar.Dapat lihat banyak wartawan diluar.Mungkin mereka nak tanya.. "Dah jumpa siapa Criminal Hacker?" "Criminal Hacker ada kat sekolah ni ke?" "Criminal Hacker pelajar sekolah atau seorang cikgu?" Ryan terus bergerak ke tempat parking basikalnya.Biasanya dia menaiki motosikal untuk balik dan pergi sekolah. Tapi disebabkan polis masih ada dia bertekad naik basikal sahaja.Ryan menunggu satu satunya adiknya keluar dari sekolah. Di sebalik itu.. "Aku dah agak dah dia ni bukan orang biasa.." 2 pasang mati yang tadi berkata dalam hati. >>

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience