CHAPTER 8

Drama Completed 2311

Di sekolah..

"Aku patutnya minta MC je.Ni lah jadi bila aku tak MC.Dah lah aku lepas ni kat kelas yang bising.Serabut otak aku nanti."

Rafidah terus bergerak ke kelas favourite nya itu.Walaupun bising tapi itu satu satunya kelas yang mampu membuatkannya gembira dan seronok.

Namun hari ni hatinya takkan tenang.Sudahlah dia tidak tidur dari semalam.Tapi sejujurnya dia lebih takut untuk duduk rumah.

"Stand up,class!!" Laung ketua kelas sesudah Rafidah masuk.Rafidah cuba kembali ke sikap tegasnya.

"Kita rehat 5 minit dulu.." Rafidah cuba meredakan gelojak hatinya waktu itu.Namun sikapnya menarik minat Ryan.

"Teacher!,Teacher tidak sihat kah?" Ahh sudah Ryan dah muncul.

"Kalau teacher tidak sihat,teacher rehat dan tidur.Nanti kami belajar sendiri." Ryan cuba menawar untuk tidak belajar.

Ideanya itu menarik minat Cikgu Rafidah.Lagipun waktu itu masing masing penat.Cikgu Rafidah mengangguk.

"Baiklah,kamu semua belajar sendiri.Saya penat ni." Cikgu Rafidah terus meletakkan mukanya di meja guru.

Murid murid mula kecoh dan gembira dengan sikap cikgunya itu.Jarang cikgunya seperti itu.Sebab apa?,biarlah yang penting mereka dapat FREE TIME.

Ryan memandang cikgunya itu.Ada yang tak kena.Mata cikgunya itu merah seperti tak tidur.Masa itu mulalah kemahiran detektifnya muncul.

Hari itu dibiarkan berlalu.

3 hari selepas itu...

Sudah 3 hari Cikgu Rafidah tidak hadir ke sekolah.Itu membuatkan risau di fikiran Ryan.Memang sudah dia agak perkara buruk berlaku.

Ryan sudah bertanya hampir semua guru tentang cikgu Rafidah.Namun semuanya tidak tahu.Pengetua mengatakan Cikgu Rafidah mengambil MC seminggu.

Ryan cuba meminta alamat cikgunya tapi tidak berjaya.Pengetua tidak membenarkan itu.Ryan kembali ke kelas seperti biasa dan belajar namun hari ini hatinya tidak tenang.

Saad pula makin kerap berborak dengan Ryan.Raziq pula masih mengikuti Ryan tanpa diketahui Ryan.Raziq masih mengikuti seorang lagi yang mencurigakan.

Waktu persekolahan tamat.Ryan dan adiknya menuju ke rumah seperti hari biasa.Sesudahnya tiba dirumah,Ryan terus bersiap mandi dan keluar rumah.

Ada sesuatu yang mengusik fikirannya dari 4 hari yang lalu.Ryan mengunjungi kedai mamak untuk membuat perancangan.

Ryan mengeluarkan telefonnya dan mengambil nombor Cikgu Rafidah untuk menghack alamatnya.Sebagai pakar hack,itu tidak susah.

Alamat telefon itu berada sudah dapat.Tak ada yang susah sekarang ni.Ryan hanya perlu membuat perincian untuk ke rumah cikgunya.

Anehnya,Ryan sudah berfikir sesuatu yang serius seperti penculikan berlaku.Padahal tidak diketahui sebab MC Nya cikgu favourite nya itu.

Ryan memulakan langkah menuju ke rumah cikgu Rafidah.Dia berharap tidak ada perkara buruk yang berlaku kepada cikgu kesayangannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience