PROLOG

Drama Completed 2311

"Thomas Mattheus Rowmath"

Nama yang tidak asing lagi bagi penduduk Kota Roma itu.

Beliau merupakan seorang detektif yang telah bersara dari pekerjaan beberapa bulan lalu untuk menjaga isterinya yang akan melahirkan seorang anak.

"Saya meletakkan jawatan sebagai Detektif pada umur saya yang ke 52 ini."
52 tahun.Pada umur itulah kali pertama dia dikurniakan anak.Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya.

Liputan TV tentang persaraannya heboh satu dunia.Terkenalnya dia sehingga diberi nama
"Crime King."

"Sempena meraikan kelahiran anak pertama saya,saya dan isteri akan mula tinggal di negara kelahiran isteri saya iaitu Malaysia."

Pengumuman itu juga mengejutkan media yang baru mengetahui tentang isteri Thomas.Nama isterinya ialah Tan Kwee Sun.Seorang berbangsa cina.

Thomas merupakan anak kepada seorang polis dan seorang doktor.Disebabkan ibubapanya lah dia mudah memahami teori pembunuhan dengan baik.

Thomas pernah memecahkan kes Pembunuhan Misteri Ahmad Sofian di Iraq.Kes ini merupakan kes kedua termisteri sepanjang sejarah Iraq.

Dimana Hari pertama pembunuhan 2 orang remaja akan terbunuh,selang 2 hari 2 orang kanak kanak terbunuh,selang 2 hari 2 orang perempuan dewasa dibunuh dan berterusan.

Kes Kehilangan Rahmad Evasianaga dari Indonesia selama 30 hari dipecahkan.Thomas menjumpai mayatnya ditanam di bawah pokok.Pembunuh dipercayai kawan baik mangsa sendiri.

Banyak lagi kes berat berjaya dipecahkan Thomas.Thomas pernah mendapat penghargaan The Best Detective Year 1965-1995 oleh Presiden Amerika Syarikat.The Crime King oleh United Kingdom dan Pangkat Sir oleh United Kingdom.

Tanggal 1 Januari 2000 pada jam 12:00 P.M.Lahir lah seorang putra pertama kepada legenda detektif ini.Namanya ialah Ryan Thomas Mattheus.

Ryan umur 2 tahun :

Ryan sudah pandai membaca buku.Tumbesarannya lebih cepat berbanding anak lain.

Ryan umur 3 tahun :

Ryan mula mahir membaca buku English.Ryan juga selalu diberi teka teki oleh ayahnya.Biasanya teka tekinya merujuk kepada Sains dan Matematik.

Ryan umur 5 tahun :

Mula menyelesaikan misteri misteri dirumahnya yang disiapkan ayahnya.Antara misterinya ialah kes pembunuhan tikus dirumahnya.Dengan mudah Ryan menjawab Tikus itu ditangkap kucing dan dia menunjukkan tempat persembunyian tikus walaupun tidak diketahui ayah ibunya.

Mula daripada itulah IQ Ryan meningkat.Tetapi ayahnya mula melarangnya memecahkan kes pembunuhan selagi umurnya tidak mencecah 20 tahun.Takut takut membawa pengaruh buruk padanya.

Begitulah awal kelahiran seorang pelajar berkemampuan hebat iaitu Ryan Thomas Mattheus.Anak kepada seorang detektif terkenal Thomas Mattheus Rowmath dan Tan Kwee Sun bekas cikgu Sains.

Ikuti kisahnya di BAB yang mendatang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience