CHAPTER 10

Drama Completed 2311

"Takkanlah rumah cikgu ada kat sini?"

Ryan berjalan ke lorong yang gelap gelita itu.Tidak disangkakan olehnya ada rumah di kawasan itu.

Makin menambah curiga Ryan tentang penculikan cikgu Rafidah.Ryan meneruskan perjalanannya.

Akhirnya ia berhenti tepat di sebuah rumah usang yang amat buruk.Ryan terdengar beberapa patah perkataan dari dalam.

"Sekian dari aku." Kata itu seakan pengakhiran kepada sebuah hidup.Ryan terus menyepak pintu itu dari luar.

"Ohhh,,dah sampai."

Ryan terdiam.Cikgu Rafidah dan seorang makcik berada di situ.Keduanya dalam keadaan tidak terurus.

Dari kain yang dipakai cikgu Rafidah terdapat beberapa air yang diyakini air kencing.Ryan terasa mual.

"Apa kau buat dengan cikgu aku?"Ryan terus menjerit melihat keadaan kedua perempuan didepannya itu.

"Ry..ryan awak boleh cakap macam biasa?" Cikgu Rafidah terkejut.Dia tak pernah menyangka anak muridnya yang satu ini mahir berbahasa melayu.

Namun ada hal lain yang lebih mengusik hatinya iaitu kenyataan lelaki itu.."Ohhh,,dah sampai."

Adakah Ryan Criminal Hacker yang dicari lelaki itu.Awalnya ia rasa mustahil kerana Criminal Hacker fasih berbahasa melayu.

Kini perkara itu tak mustahil kerana dia mendengar sendiri Ryan fasih berbahasa melayu tadi.

Ryan meluru kearahku.Namun lelaki itu pantas memegang kepalaku dan menodong pisau ke leherku.Ryan terhenti.

"Kau jalan sikit aku sreeet leher dia.." Pisau berada tepat dileher cikgu Rafidah yang tidak bertudung.

"Kenapa kau culik cikgu aku?"

"Kau tak tahu.Kau ingat dah tahu.Aku nak panggil kau je sebenarnya.Polis nak tahu siapa kau.Aku tolong lah."

"Ak..aku faham,tapi kalau kau bunuh dia kau dah jadi pembunuh.Terus kena tangkap polis.Tak ada guna"

Detektif itu ketawa.Dia menjawab

"Selama ni aku bunuh orang selamat je.Jangan risau aku bunuh dia ni bukan kau.Lagipun kes aku tak pernah diperbesar kan"

Ryan kaku.Namun dia masih berfikir cara melepaskan cikgu nya itu.

"Aku serahkan diri aku..lepaskan cikgu." Ryan menawarkan diri.Namun ditolak mentah oleh detektif itu.

Ryan tanpa fikir panjang berlari ke arah detektif itu.Detektif itu terkejut.Pisau hampir terlepas namun sempat ditahannya.

"Ryan!!!,tunduk" Jeritan dari belakang mengejutkan semua yang ada.Ryan ingin menoleh tapi terlihat objek hitam di belakangnya.

Ryan dengan laju menunduk.

"Pomm!" Tepat sasaran.Arang yang diambil dari mana tepat mengenai muka detektif itu.Raziq dibelakang.

"Raziq..macamana kau ada kat sini?" Raziq melepaskan ikatan mak cikgu Rafidah.Tapi sekejap sahaja sebelum Raziq kembali berteriak.

"Ryan!!,belakang!!" Ryan dapat menahannya.Isyarat mata diberikan supaya membantu cikgu Rafidah melepaskan ikatan.

Ryan bertarung dengan lelaki itu.Ternyata Ryan handal ber karate.Hampir kemek muka detektif itu.

Mak Cikgu Rafidah,cikgu dan Raziq terkesima melihat tendangan tepat ke leher detektif itu.

"Power power!!" Usik hati ketiga tiga itu.

Tak lama kemudian polis tiba.Kami diambil keterangan.Tapi apabila detektif itu mahu ditangkap detektif itu menghilang.

Raziqlah yang memanggil polis.Ryan meminta polis membenarkan cikgu Rafidah dan maknya mandi bagi mencantikkan diri dulu.

Usai semua itu sekitar pukul 11.Dari pukul 4 petang hingga habis siasatan semua pukul 11.

Ryan mengatakan tiada kaum kerabat terdekat untuk ikat jamin.Cikgu Rafidah sendirilah yang mengikat jamin Ryan.

Kami pulang kerumah pukul 11:30.Untunglah esok hari sabtu.Kami berehat.Ryan tidak ditanya apa apa ketika sampai dirumah.

"Sekarang yang penting adalah kehilangan detektif itu." Ryan berkata dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience