CHAPTER 7

Drama Completed 2311

"KAU TAKKAN SELAMAT!!" Rafidah menemui lagi kertas yang tertulis perkataan bahaya di biliknya.

Sudah 3 hari sejak dia menerima kertas kertas itu.Semua kertas itu ditulis dengan darah.Bukannya cat atau pen tapi darah.

"Kenapa ni?,aku ada kacau siapa siapa ke sebelum ni?" Rafidah berfikir keras kerana takut akan ancaman itu.

Setahunya dia selalu baik dengan orang kecuali tegas dengan anak muridnya.Itu anak muridnya,takkanlah ada yang sanggup membuatnya seperti itu.

Kali pertama ia terima malam selepas pencarian Criminal Hacker di sekolahnya.Malam itu,hatinya tak tenteram.

Bunyi seretan diluar rumah tapi bila dibuka tiada apa apa.Namun bila dia toleh kebelakang melihat tingkapnya,ia terkejut.

Ada tulisan berdakwat merah di balik tingkap itu dengan tulisan

"AKU DAH JUMPA!!" dengan sebuah senyuman di bawah tulisan itu.

"Srett!....Sretttt!!.." Bunyi tu lagi.Rafidah pergi menuju ke pintu untuk melihat gerangan bunyi itu.Sudahlah dia seorang di rumah itu.

"YA ALLAH,bantulah aku!," Rafidah merintih didalam hatinya.Takut hatinya waktu itu cuma tuhan tahu.

Rafidah membuka pintu.Tiada siapa siapa.Namun dia terperasan di depan pintu ada sebuah kotak.

Dia menoleh kiri kanan sekali lagi sebelum mengambil kotak itu.Cepat cepat ia mengunci pintu rumahnya.

"Apa agaknya yang ada dalam ni" Rafidah perlahan membuka kotak namun bau busuk terus menerpa.

Alangkah terkejutnya dia apabila kotak itu diisi dengan kepala tikus.Ya Allah,nak menangis rasanya waktu itu.

Tanpa fikir panjang Rafidah terus mengangkut kotak itu kembali ke pintu dan membuangnya di tong sampah tidak jauh dari rumahnya.

Dia kembali dengan cepat ke rumahnya semula.Dia menutup pintu dan mengunci pintu pintunya dengan baik.Kali ni tangan dia sudah bergetar teruk.

"Ini dah teruk,aku kena call polis ni" Entah kenapa hari ni baru dia ingat patut call polis.Namun sebelum dia hendak mengambil telefon dia perasan sesuatu.

Ada sebuah lagi kotak kecil di tepi pintunya.Dia pergi cepat ke kotak itu lalu membukanya.Sekali
lagi dia terkejut dan hendak menangis.

Gambar ibunya yang diikat dengan tali di dalam sebuah bilik.Gambar itu terlepas dari tangannya.Di belakang gambar itu tertulis ugutan

"Kalau kau telefon polis,mak kau aku bunuh.Nyawa mak kau sekarang kat aku!!" Rafidah terduduk.

Tiba tiba ia mendapat panggilan.Nombor yang tak dikenali.Ia mengangkatnya perlahan.

"HELLO!"

"Hello,,ni aku.Tak patut kot aku bagitahu siapa aku.Aku cuma nak cakap aku tahu semua yang kau buat sekarang.Kalau kau bertindak sikit je nak call polis ke aku terus penggal leher orang tua ni."

Rafidah terkaku.Si"Penculik" itu menyambung.

"Kalau kau nak tahu,mak kau sekarang tengah menangis.Hahaha"

"Siapa awak?,saya pernah buat salah kat awak ke?Kalau saya salah kat awak.Saya minta maaf.Tapi tolong jangan lukakan mak saya"

Balas Rafidah dengan bergetar getar.Janganlah diapakan mak dia itu.

"Siapa aku?..haha,aku pun tak kenal kau sebenarnya.Aku cuma nak pancing seseorang je.Aku ingatkan lagi sekali kalau kau call atau bagi nombor ni kat sesiapa aku terus penggal leher orang tua ni...ok bye.."

Panggilan terputus.Dia kata nak pancing seseorang.Kenapa aku yang kena?Ya Rahim,bantulah aku..

Malam itu Rafidah terus bersolat hingga pagi tanpa tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience