CHAPTER 9

Drama Completed 2311

"To...tolong!!" Rafidah berlari naik ke biliknya dan secepat kilat mengunci pintu biliknya.

Namun cepat sahaja sepasang tangan memegang pintu dan menariknya keluar.Rafidah terjatuh.

Seorang lelaki dengan muka bertopeng menghempap tubuh Rafidah dan menekupkan kain ke mulutnya.

"Ermm...ermm....To..lo.." Rafidah perlahan lahan rebah dan tidak bernafas.

Lelaki itu terus memangku tubuh molek gadis berkerjaya sebagai cikgu kedalam keretanya.

Sebelum meninggalkan rumah itu,lelaki itu membuat sesuatu di atas kertas mahjong yang berada di bilik Rafidah.

Itu yang berlaku 4 hari lepas.Rafidah kini terbaring bersebelahan ibunya yang sudah terbaring layu.

Lelaki bertopeng itu berdiri betul betul di hadapan Rafidah dan ibunya yang tidak sedarkan diri.

"Nak makan ke?" Lelaki itu bertanya Rafidah yang mulutnya terkunci dengan kain.Rafidah kini sudah kurus kering tanpa makan selama 3 hari lamanya.

Dia juga dikurung di bilik berhawa panas.Ibunya apatah lagi,sudah seperti mayat hidup.Kain itu dilepaskan dari mulut Rafidah.

"Kenapa aw..wak buat saya mac..am ni?"

Rafidah terus bersuara meski dia ingin segera meminta pertolongan.

"Apa salah saya?..kalau saya salah lepaskan ibu sa..ya" Tersekat sekat Rafidah bercakap.

"Nak tahu ke?,sebenarnya ni salah orang ni..Aku dah pernah cakap yang aku nak pancing seseorang kan?.Dia ni lah aku nak suruh keluar."

Lelaki itu mengetuk berkali kali gambar di depannya.Rafidah terkesima.Itu adalah gambar Criminal Hacker.

"Mmaa..cam mana d..ia boleh tahu pula?,saya dengan dia tak ada hubungan apa apa!" Terang Rafidah yakin.Lelaki itu ketawa.

"Kau nak tahu aku siapa?Nah aku tunjukkan!!" Lelaki itu membuka topeng di mukanya.Rafidah terkejut.

Dia kenal lelaki itu.Lelaki itu berada di sekolahnya beberapa hari lepas.Seorang yang bekerja sebagai detektif polis.

"Ja..jadi awak nak kata Criminal Hacker orang yang dari sekolah ni ke?"

"Tahu pun!!,Dia mesti datang cari kau.Peliknya dah 3 hari kau tak datang pun dia tak ambik tahu.Makin lama dia datang,makin lama lah kau kat sini."

"Kau nak tahu tak?Sejak pertama kali aku nampak dia aku dah tahu dia bukan orang biasa.Lepas tu aku check lagi.Akhirnya aku tahu dia ni Criminal Hacker."

Sambungnya lagi.

"Kalau kau nak tahu siapa dia aku bagilah ura ura sikit.Selebihnya tunggu dia datang.Criminal Hacker ni satu kumpulan dengan kau masa siasatan hari tu."

"Lupa pula aku nak bagitahu,sebenarnya ada lagi sorang macam aku ni.Dia pun tengah cari Criminal Hacker.Sekian dari aku."

Lelaki itu kembali menutup mulut Rafidah dengan kain.Belum sempat lelaki itu menutup mulut Rafidah pintu bilik itu terbuka.

Mereka berpaling ke belakang.Lelaki itu tersenyum.Senyuman gembira dan teruja.

"Ohhh,,dah sampai."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience