CHAPTER 5

Drama Completed 2311

"Saya minta pihak polis dan jiran terdekat segera menjaga tempat itu.Jangan biarkan dia berjaya lari."

Berkata seorang di televisyen yang dikenali dengan Criminal Hacker.Ryan kebingungan dalam biliknya.

"Wehh,apa benda ni...ni bukan aku.." Sebut Ryan di biliknya.Lelaki yang dikenali sebagai Criminal Hacker itu tersenyum sebelum menutup siaran.

"Dia tersenyum kat aku ke?" Ryan berfikir keras.Senyuman sinis itu seolah olah memang dituju kepadanya.

Ryan berehat sebentar di biliknya.Di balik pintu pula ada adiknya yang mendengar butir butir sebutan dari Ryan.Dia terkedu seketika.

Hasratnya adalah untuk memanggil abangnya untuk mengatakan dia sudah pulang dari membawa ayahnya pulang.Apa yang dia dengar pula menjadi persoalan.

Sempat dia buka TV diruang tamu untuk melihat siaran yang ada.Dia terkejut apabila pengumuman Criminal Hacker sedang berlangsung.

Apa yang dia dengar tadi menjadi tanya.

" Wehh,apa benda ni...ni bukan aku.."

Kata kata Ryan itu memelikkan.Talitha yakin abangnya itu tengah tengok TV bukannya Henpon atau yang seperti itu.Jelas dengar suara dari TV.

"Hah,takpelah itu abang aku..kalau dia nak bagitahu baru aku dengar kalau dia taknak cukup lah aku tak dengar."

Talitha menyimpulkan sendiri.Dia malas hendak berdebat dengan abangnya.Biarlah abangnya sendiri beritahu waktu masa sudah ditentukan.

Esoknya..

"Criminal Hacker mesti hensem kan? dari topeng dia pun dah nampak muka dia hensem.."

Kata Sheila,best friend kepada Talitha dan Sherry.Mereka bertiga dikenali kawan baik sejak mereka berada di form one iaitu tahun lepas.

Kini masing masing berumur 14 tahun.Talitha kini berumur satu tahun kurang dari abangnya Ryan.

Ibunya meninggal 4 tahun sesudah melahirkan Talitha.Ryan masih ingat wajah dan sikap maknya tapi yang pelik Talitha tidak ingat.Ryan ketika itu 5 tahun dan Talitha 4 tahun.

Talitha lahir tanggal 1 Januari 2001 pada jam 12:00 p.m.Ibunya meninggal pada 31 Disember 2004.

Tumbesaran Talitha seperti anak biasa yang pada umumnya.Pada umur 4 baru dia boleh bercakap.Itupun belum fasih.Dia juga seorang pelupa.

"Hensem tu memang.Tapi bukan kita dapat tengok dia pun.Dah lah..Lama lagi kita boleh kahwin.Takyah pikir pasal dia."

Jawab Sherry diikuti gelak tawa Talitha dan Sheila.

"Tapi aku tak rasa dia macam Criminal Hacker biasa lah.Semalam aku dengar suara dia lain dari yang lain.Muka dia pun lain.Yang biasa aku nampak dagu dia muncung sikit."

Talitha menyampuk ditengah gelak tawa itu.Sheila segera menyampuk

"Wah..sampai macam tu kau perhati dia.Kau ni dah kemaruk sangat kat dia." Sekali lagi mereka ketawa.

"Aku TERperasan je lah.TER..." Talitha membalas.

"Stand up class!,Good morning teacher.." Suara ketua kelas menghentikan perbualan mereka.

Sebenarnya Talitha bukan sekadar perasan.Malam semalam dia mencari video video Criminal Hacker di Youtube.

Lepas apa yang dia dengar di bilik abangnya,dia jangka abangnya merupakan Criminal Hacker.
Cuma video terakhir saja yang muka dan suaranya agak lain.

Kerana itulah dia berfikir Criminal Hacker yang semalam bukan abangnya dan seorang yang palsu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience