CHAPTER 4

Drama Completed 2311

"Tha!!,ayah nak keluar.Bawak ayah jap.Abang nak keluar sekejap!" Laung Ryan dari bilik ayahnya.

Dia baru sahaja selesai mengurut ayahnya.
Ayahnya kini sedang sakit.Boleh kira sudah 3 tahun juga lah ayahnya sakit.

Semuanya apabila ayah jatuh dari tangga 3 tahun lepas.Masa tu Ryan dan Talitha tidak ada dirumah kerana masih dalam waktu sekolah.

Sesampainya di rumah ayahnya sudah pengsan.Terus Ryan mengangkut ayahnya menaiki motosikal.

Sejak itulah ayahnya asyik terlantar dikatil.Waktu itu umurnya 65 tahun.Tapi sekarang sudah boleh jalan jalan sikit.Baginya umur bukan penghalang.

"Jap lagi Tha naik atas.Tunggu jap!" "Ryan pergi dulu ayah.Ada projek Ryan nak buat.Apa apa nanti minta Tha ya?"

"Ok,jaga diri baik baik ya.Ayah tak sabar nak tengok Ryan jadi polis.Cepatlah sikit besar." Mereka ketawa sebentar.

Hubungan keluarga mereka rapat.Tha atau nama penuhnya Talitha Thomas Mattheus faham keadaan ayahnya dan terima sikap abangnya.

Di tempat Ryan..

Ryan kini berada di restoran mamak kegemarannya."SAFAREENA RESTORAN".Dia akan pergi ke restoran itu apabila ingin menenangkan fikiran.

Kadangkala untuk memecahkan misteri pembunuhan.Kadangkala untuk mencari cara menyembunyikan identitinya dari terbongkar.

Pagi tadi adalah satu resiko besar apabila rahsia hampir terbongkar oleh Saad.Syukurlah Saad biasa biasa saja.Mungkin...

"Baik aku cari misteri yang boleh aku selesaikan.."

Cari punya cari dia ternampak satu berita atau misteri di Fac sekolahnya.Misteri kehilangan 3 orang pelajar lelaki sekolah rendah.

Disebabkan sekolah itu berada di daerah itu juga maka berita itu cepat tersebar.Dia boleh terima kalau tempat kes berdekatan tempatnya.

Pelajar pelajar itu berusia 12 tahun.

"Aduh,susah sikit lah nak cari ni." Ryan berkata dalam hati.

Ini kerana hanya ada satu informasi tentang pelajar pelajar tersebut iaitu mereka bertiga pergi ke sekolah bersama dengan berjalan kaki.

Ryan terdiam.Dia memikirkan cara mencari informasi lain.Agak susah sekarang kerana mungkin dia boleh tersangka Criminal Hacker.

Ini disebabkan pencarian Criminal Hacker masih berjalan.Kalau dia silap dia akan menjadi tersangka.

Ryan pun pergi kerumah rumah untuk mencari informasi.Ryan berlakon sebagai sukarelawan mencari pelajar pelajar tersebut.

Sekitar 1 jam kemudian setelah mencari informasi Ryan duduk seketika untuk mengolah bukti.

Akhirnya ia menemukan lokasinya.Hebat kan?,hanya dengan informasi yang tak ada kaitan dengan lokasi dia mampu mencari lokasinya.

Walaupun dia menemukan lokasinya ada satu fakta yang tidak boleh disembunyikan.Pelajar pelajar tersebut telah terbunuh.

Ryan segera kembali kerumah untuk memecahkan kes itu.Bukan seperti kali pertama dia memecahkan kes,dia perlu bukti.

Kini dia tidak perlu lagi.Cukup terangkan siapa dia mampu membuatkan polis percaya.Ryan kini sudah tiba dirumahnya.Dia terus mengunci pintu biliknya.

Namun kali ini berbeza.Dia tidak mampu meng hack siaran TV seperti ada yang sedang sepertinya.

Ryan pun membuka televisyen.Alangkah terkejutnya dia melihat perkara di depan kaca televisyen itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience