Bab 5

Other Completed 8349

BAB 5

Eric naik ke tingkat atas mencari Aryyan kerana sudah 10 minit Aryyan masih tidak turun turun.

"Aryyan.. kau kat dalam ke?" tanya Eric sambil mengetuk pintu tandas.

"Ya.. kejap dah siap dah ni." kata Aryyan sambil menyorok kan sarung tangan di dalam beg tangannya.

Seketika kemudian Aryyan keluar dari tandas dan Eric sedang menunggunya dengan setia. Aryyan tersenyum pada Eric. Eric menarik Aryyan ke tingkat bawah di laman yang mana terdapat tangki yang besar di atas bumbung. Eric dan rakan rakan subahatnya tersenyum penuh makna Thomas dan Seth pula tergamam tidak menyangka bahawa rancangan gila ini akan dilakukan secepat ini.

Aryyan menghitung masa. Beberapa minit lagi ibu bapa Eric akan pulang ke rumah. Eric mengajak Aryyan menari sambil diperhatikan semua tetamu. tiba tiba Aryyan terdengar bunyi dari atas disertakan Eric yang tiba tiba ingin berganjak ke kawasan yang selamat. belum sempat Eric melepaskan tangan Aryyan tangannya dipegang kemas oleh Aryyan dan serta merta Aryyan bergerak ke belakang untuk beberapa langkah sekelip mata tubuh Eric dipenuhi oleh cecair berwarna kuning cair yang jijik itu.

Semua tetamu tergamam. Aryyan geli melihat cecair itu. Akhirnya dia memuntahkan isi perut dia di hadapan Eric.

Keadaan di sekolah teramatlah kecoh akan kejadian prank yang tidak menjadi dan rumah tuan rumah telah digeledah. Eric tidak dapat mengetahui siapa yang geledah rumahnya. Cctvnya rosak dan barang kemas perhiasan ibunya hilang. ditambahkan lagi semua pasu berharga ibunya turut dipecahkan.

"parent kau denda kau ke Eric?" tanya Thomas pada Eric. Eric menjeling.

"gila ke tak denda, aku tak boleh keluar rumah selain daripada pergi sekolah dan tuisyen selama 3 bulan." kata Eric bengang.

"kau biar betul!!" tanya Seth tidak percaya. Eric menjeling lagi. Thomas tergelak kecil.

"tulah kau, nak kene kan orang tapi tak tengok dulu line clear ke tak." kata Thomas.

"wei baik sikit, parent aku patut balik minggu depan entah malaun mana entah yang pergi report kat mak bapak aku. lagi satu mak bapak aku marah sangat dekat aku sebab...." Eric tiba tiba terdiam ketika memandang ke koridor di luar kelas. Thomas turut memandang ke arah koridor. kelihatan Aryyan sedang mengangkat dua buah kotak sehingga hampir menutup pandangannya. apabila Thomas ingin menolong Aryyan kelihatan Eric sudah pun mendahuluinya.

"biar aku tolong." kata Eric sambil mengambil satu dari dua buah kotak tersebut. Aryyan terkejut tetapi masih diam membisukan diri.

"jom" ajak Eric apabila dia melihat Aryyan masih lagi berdiri statik di tempat yang sama. Aryyan pula bagaikan baru tersedar dari lamunannya lantas membuka langkahnya menuju ke stor sukan dimana kotak tersebut patut disimpan. Eric mengikut langkahnya dengan seiring.

"so... kau macam mana sihat?" tanya Eric dengan niat ingin berbaik dengan Aryyan. Aryyan hanya mengganggukkan kepalanya.

"hal kejadian malam ahad lepas tu. Aryyan. aku..." belum sempat Eric habis berkata kata Aryyan telah memotong percakapannya.

"lupakan jelah pasal benda tu." kata Aryyan dingin. Eric terkedu. dia tahu Aryyan sedang marahkannya. silap dia juga kerana telah menipu Aryyan dan ingin memalukan Aryyan di hadapan khalayak ramai.

"aku tak boleh nak lupakan tentang hal tu Aryyan. LEpas apa yang aku buat selama ni dekat kau. tipu kau, pura pura baik depan kau, berkawan dengan tujuan nak memalukan kau. aku.... a.. ak... aku nak minta maaf." selepas bersusah payah akhirnya Eric berjaya meminta maaf kepada Aryyan. buat pertama kalinya dia akhirnya jujur dan ikhlas dengan Aryyan.

langkah Aryyan terhenti sebaik sahaja mendengar kata maaf yang keluar dari bibir Eric kotak yang diangkat ke bawah lantai. seriuslah lelaki paling famous and hot dekat sekolah ni minta maaf dekat dia. Aryyan seperti tidak percaya. dia memandang Eric lalu dia mengeluh. tanpa sedar dia telah membuka cermin mata besarnya dan meraup wajahnya sambil diperhatikan oleh Eric yang sedang terkelu melihat wajah Aryyan tanpa cermin mata besarnya. wajah Aryyan yang sangat berbeza ketika dia tidak memakai cermin mata besarnya. Cantik. itu sahaja yang terdetik di hati Eric buat masa itu.

buat kali kedua Aryyan mengeluh sebelum memakai semula cermin matanya. Aryyan lalu memandang Eric. dia pelik melihat Eric yang seperti sedang berkhayal.

"wei. kau okay tak ni???" tanya Aryyan pelik. Aryyan menggelengkan kepalanya. Diangkat semula kotaknya sebelum berlalu pergi meninggalkan Eric. Eric pula baru tersedar dari khayalannya segera mengejar semula Aryyan yang sudah berjalan meninggalkannya.

Tiba dihadapan stor Aryyan mengeluarkan kunci dari kotak yang diangkat oleh Eric dan membuka mangga yang mengunci pintu bilik stor sukan tersebut.

"letakkan kat dalam" kata Aryyan lalu dia masuk ke dalam bilik stor. Eric mengekori langkah Aryyan. setelah selesai mereka menyusun kotak kotak tersebut tangan Aryyan di pegang oleh Eric. Tubuh Aryyan dipusingkan menghadap Eric. Aryyan menjeling bosan.

"kau maafkan aku tak??" tanya Eric. Aryyan masih diam walaupun matanya memandang Eric.

"kau maafkan tak??" Eric cuba bermanja. Aryyan terkejut.

"maafkan tak???" tanya Eric lagi. Aryyan terundur ke belakang. dia geli melihat Eric cuba bermanja. Eric pula semakin mendekati Aryyan. cuba bergurau dengan Aryyan. akhirnya setelah dipujuk beberapa kali barulah Aryyan memaafkan Eric.

Eric tersenyum gembira dan puas. tidak sia sia dia berlakon manja gitu. Aryyan yang masih berasa geli tidak mahu memandang Eric yang sedang tersengih kegembiraan itu.

"tapi.." tiba tiba Aryyan bersuara. sengihan Eric hilang. ah sudah apa pula yang bakal Aryyan katakan ni. Eric tiba tiba resah.

"kali ini kau tak main mainkan? kau ikhlas kedengan aku sekarang ni? Dah tak ada niat nak malukan aku kan? kenakan aku ke?" tanya Aryyan sambil jari telunjuknya mencucuk cucuk dada bidang Eric dengan kuat sehingga Eric rasa seperti hendak jatuh. Eric memegang jari Aryyan yang sedang mencucuk cucuk dada bidangnya.

"kali ni aku promise. Aku ikhlas nak berkawan dengan kau. Dah tiada niat nak kenakan or malukan kau." Sumpah Eric. Aryyan mencebik. Eric pelik.

"kenapa kau cebik? kau tak percaya ke??" tanya Eric. Aryyan menggelengkan kepalanya.

"kau kalau nak berjanji pun, lepaskanlah jari aku." kata Aryyan dingin. pada ketika ini baru Eric sedar bahawa Aryyan ini hanya berpura pura jadi seorang ulat buku. tanpa melepaskan jari Aryyan dia tersenyum sambil berkata..

"kau bukan budak nerd kan Aryyan. sumpah aku tak akan perasan kalau kau tak buka spek kau tadi and masa kau bercakap tadi. kau bukan nerd kau pura pura nerd. betul tak." Kata Eric. Aryyan terkejut lalu dia menarik jarinya. Dia teringat tadi dia ada membuka spek mata depan Eric dan dia tidak cover cara percakapannya. aduhh masalah masalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience