Bab 6

Other Completed 8349

BAB 6

"eiii! bencinya aku. lepas kes party dekat rumah Eric tu Eric semakin rapat dengan Aryyan!! benci aku Aryyan tu yang tergedik gedik dengan Eric sampai Eric tinggalkan aku!!" bebel Julia pada Syeya rakannya. perasaan bencinya pada Aryyan semakin menjadi jadi setelah melihat Eric presiden mereka asyik berkepit dengan Aryyan yang nerd tu. sebenarnya Julia sudah lama menyimpan perasaan pada Eric kerana Eric seorang yang kaya dan kacak.

"ah Aryyan tu bukan Eric je dia rebut. Thomas dan Seth kawan baik Eric pun dia nak juga!" kata Syeya sambil menjeling meluat. tiba tiba mereka lihat Aryyan dan Eric sedang berjalan dihadapan kelas mereka. Tangan Eric berada di pinggang Aryyan.

"esok sabtu keluar jom." ajak Eric pada Aryyan. Aryyan mengerutkan dahi.

"bukan kau kene kurung ke kat rumah 3 bulan?" Tanya Aryyan pelik.

"parent aku takde minggu ni... " jawab Eric happy. Aryyan menggelengkan kepala.

"nanti aku jemput kau kat rumah." kata Aryyan. Eric menggelengkan kepalanya.

"tak gentleman lah weii kalau perempuan yang jemput lelaki."

"banyaklah kau punya gentleman. lagi pun aku ada hal lah kat rumah kau.." kata Aryyan. Eric pelik.

"hal apa?" tanya Eric pelik.

"aku yang geledah rumah kau haritu." kata Aryyan selamba. Eric terkejut. Lalu dia menarik Aryyan ke tempat yang sunyi.

"kau biar betul!!" tanya Eric muka dia menunjukkan yang dia tak percaya bahawa Aryyan yang geledah rumahnya.

"kau tahu tak kenapa parent kau dah tak marahkan kau pasal kes rumah kau kene geledah tu?" tanya Aryyan. Eric menyandarkan tubuhnya ke dinding sambil menggelengkan kepalanya.

"aku cakap kat mak bapak kau lepas kau minta maaf kat aku haritu. Aku kata aku yang geledah. tapi aku tak ambil satu pun fail atau pun barang berharga mak kau. tapi pasu tu mmg aku pecahkan dan aku dah bayar dan gantikan dengan pasu yang lebih cantik berbanding mak kau ada."kata Aryyan lalu membuka cermin matanya. Eric memandang Aryyan. Buat kali kedua dia melihat Aryyan tanpa cermin mata.

"habis barang perhiasan mak aku hilang mak aku kata." Eric mengadu pada Aryyan.

"sebab tu aku nak pergi rumah kau. nak cari balik. budak aku sembunyikan dekat mana tah. dia lupa dia letak mana. tapi ada lagi dekat bilik mak kau tu." kata Aryyan lalu memakai balik cermin mata besarnya. Eric tersenyum dia tahu Aryyan disekolah dan di luar sekolah amat berbeza. sebab tu bila Aryyan mengaku dia yang geledah rumah Eric, Eric seperti dapat menerima tanpa rasa marah pun walaupun dia telah dihukum dengan ibu bapanya. Eric tahu dia yang bersalah dalam hal ini. Dia yang memainkan perasaan Aryyan dahulu sehingga Aryyan membalas balik padanya.

Keesokkan harinya tepat jam 8 pagi Aryyan sudah menekan loceng di hadapan pagar rumah Eric. Akhirnya setelah menekan loceng berkali kali barulah Aryyan nampak kelibat Eric di sebalik langsir di tingkat kedua rumah Eric. Beberapa saat kemudian pintu pagar Eric terbuka secara automatik. Aryyan masuk ke dalam keretanya dan memandu masuk ke garaj Eric. Eric menjemput Aryyan dengan hanya memakai singlet kelabu dan seluar pendek berwarna hitam.

Aryyan menjeling Eric yang sedang mamai. Eric pada ketika itu tidak perasan lagi akan penampilan Aryyan yang berbeza berbanding disekolah.

"jom" kata Eric sambil menarik tangan Aryyan masuk ke dalam rumahnya.

Aryyan hanya memandang Eric pelik. Masuk sahaja mereka kedalam rumah Eric terus baring di atas sofa menyambung tidurnya. meninggalkan Aryyan termangu seorang diri.

3 jam sudah berlalu, Eric akhirnya bangun dari tidurnya melihat sekeliling.

"macam mana aku boleh tidur dekat atas sofa ni?" Eric berkata pelik. Lalu dia bangun menuju kebiliknya ditingkat atas.

Eric terkejut melihat seorang gadis sedang lena tidur di atas tilamnya. Apabila Eric mendekati gadis tersebut Eric terkejut gadis tersebut rupa rupanya Aryyan. Aryyan tanpa cermin mata. Aryyan tanpa Stail rambut ikat satu. Aryyan yang berpakaian up to date dan tidak selekeh. Aryyan duduk dilantai sambil merenung wajah Aryyan yang sedang lena tidur itu. Dia serba salah terhadap Aryyan dan perasaan serba salahnya semakin menebal apabila sedar yang dia sudah jatuh cinta dengan Aryyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience