Bab 2

Other Completed 8349

BAB 2

"tarik skirt dia wehh!! kalau dia bogel pun, takde jantan pun lah yang nak kan dia! bukan cantik pun!" jerit dianelle mengarahkan rakan rakannya untuk menarik skirt yang dipakai oleh Aryyan. Aryyan hanya mampu menjerit meminta tolong. belum sempat skirtnya di tarik rakan rakan Dianelle tiba tiba sahaja berdiri tegak sambil memandang ke arah lantai. Dianelle memandang pelik. kenapa dengan rakan rakannya. Nana salah seorang daripada rakan Dianelle menunjuk kepada seseorang yang berada dibelakang Dianelle. Dianelle terperanjat sebaik sahaja melihat Presiden pelajar yang sedang memandangnya dengan wajah tanpa perasaan.

"kau orang buat apa ni?" Tanya Eric.

"buat apa lagi? buli budak nerd nilahh!" Jawab Dianelle.

"kau, dan member member kau pergi ke pejabat sekarang!" arah Eric tegas. Dianelle mencuba untuk melawan tetapi ditarik oleh rakan rakannya ke pejabat persatuan pelajar.

setelah Pergi Dianelle dan rakan rakannya Eric membantu Aryyan bangun.

"thanks." kata Aryyan sebelum dia berlalu pergi. Eric hanya memandang langkah Aryyan dengan pandangan yang penuh maksud tersirat.

Hari ni untuk kali yang ketiga Aryyan telah dibuli. Kadang kala rasa geram juga tetapi dia hanya membiarkan sahaja kerana jika dia melawan dia risau semakin ramai yang akan musuhinya.

Aryyan teingat kata kata abangnya bahawa Aryyan perlu melawan balik lagi lagi bila Aryyan juga ada belajar seni mempertahankan diri di rumah setiap malam mustahillah Aryyan tidak boleh mempertahankan diri sendiri apabila dibuli. Aryyan sebenarnya ingin membalas dendam tetapi dia hanya menunggu masa yang sesuai kerana dia tahu didalam sekolah itu masih ada lagi manusia yang menghormati dan tidak membulinya.

"Aryyan. jom balik." ajak Ariel. Aryyan mengerutkan dahinya.

"kelas tak habis lagi wei, kenapa tiba tiba kau ajak aku balik?"

"abang kau suruh aku bawa balik kau. lagi lagi lepas dengar kau kene buli lagi." jawab Ariel. Aryyan menjeling Ariel.

"aku ni kene buli sebab aku ni nerd. kau pun tahukan kalau dah namanya nerd mestilah ulat buku. pakai cermin mata besar. tak up to date and tak cantik. sebab tu aku kene buli. wei, kalau aku dress up cantik cantik aku berani jaminlah yang lelaki tergila gilakan aku and yang perempuan jealouskan aku." kata Aryyan geram.

"kalau macam tu apa kata kalau kau dress up elok elok. aku tengok kau dekat rumah elok je bila keluar rumah lagilah tak payah cakap. spek kau tu? bukannya ada power pun. kau tu tak rabun pun kan. yang kau sibuk nak sangat jadi nerd sangat ni pahal?" bebel Ariel pada Aryyan. Ariel telah jadi pembantu Aryyan daripada 3 tahun yang lepas tetapi mereka telah berkawan dari kecil lagi jadi dia sudah arif sangat dengan perangai Aryyan yang tersangatlah berbeza ketika disekolah dan di rumah.

Aryyan menjeling Ariel.

"aku nak masuk kelas sains. lepas tu kita balik. aku nak keluar dengan abang aku." kata Aryyan sebelum berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience