Bab 3

Other Completed 8349

BAB 3

"Hai Aryyan!!" Eric menegur Aryyan yang sedang berehat di bawah pokok epal di laman belakang sekolah. Aryyan yang sedang berkhayal terkejut apabila disapa oleh Presiden pelajar yang amat terkenal itu.

"hai." balas Aryyan pendek.

"seorang je ke?" tanya Eric.

"haaa sorang jelahh." balas Aryyan malas.

"ni.. saya selalu perhatikan awak Aryyan. awak selalu sorang sorang. makan sorang sorang, belajar sorang sorang. lepas tu awak selalu kene buli. saya kesian tengok awak Aryyan." Aryyan tersenyum pada Eric. Didalam hati Aryyan sebenarnya dia sudah mengutuk Eric kerana dia tahu walaupun Eric adalah seorang yang baik dia sebenarnya adalah seorang Playboy dan suka membuli pelajar yang lebih lemah dari dia.

"haaa. kenapa pun kalau saya sorang sorang." tanya Aryyan. Eric terkelu. baru dia perasan yang cara Aryyan bercakap tidak seperti budak nerd.

"takdelah.. er kalau awak nak kawan, saya boleh jadi kawan awak." kata Eric. Aryyan tersenyum penuh makna. dia seperti dapat agak bahawa Eric sedang merancang sesuatu. Akhirnya Aryyan bersetuju untuk berkawan dengan Eric. Kawan dengan penuh makna yang tersirat...

"esok keluar jom." pelawa Eric pada Aryyan yang sedang belajar di perpustakaan.

"nak pergi mana?" tanya Aryyan tanpa memandang Eric.

"malam esok birthday party adik saya and saya jemput awak ke party tu. lagi ramai orang lagi bagus."

"saya ada kelaslah malam esok." kata Aryyan. Dia sebenarnya cuba mengelak dari menyertai mana mana party yang dianjurkan oleh rakan rakan sekolahnya. Dia tahu di party tersebut bukannya ada yang nak berbual dengan dia tetapi membuli dan memalukan dia.

"alah, Aryyan. saya nak sangat awak datang ke party tu. party tu tak akan sama kalau awak takde." pujuk Eric lagi. Aryyan tersenyum sinis tetapi senyumannya tidak dilihat oleh Eric kerana Eric ketika itu sedang memandang telefon bimbitnya.

"okay lah. nanti saya datang. pukul berapa majlis awak tu?" tanya Aryyan. Didalam kepalanya terdapat pelbagai rancangan untuk membalas dendam kepada Eric. Dia tahu walaupun Eric belum melakukan apa apa tetapi tidak semestinya dia tidak boleh memulakan langkah. Ketika Aryyan sedang kembali menelaah bacaannya Eric tersenyum penuh makna.

Pada keesokkan harinya...

"Aryyan , ni baju kau." Ariel menghulurkan baju yang akan dipakai oleh Aryyan ke party hari jadi adik Eric malam nanti. tetapi Aryyan langsung tidak menyambut huluran Ariel. Ariel memandang Aryyan pelik.

"kenapa kau tak ambil baju ni?" soal Ariel.

"aku tak nak pakai baju tu. tolong ambilkan dress arwah mak kau untuk aku. aku nak pakai." arah Aryyan. Ariel terkejut.

"kau gile ke wei! baju mak aku tu bukannya up to date weh. dress lama. dah lusuh pun. takkan kau nak pakai?" bangkang Ariel.

"biarlah..." balas Aryyan.

"apa rancangan kau ni Aryyan?" tanya Ariel. bukan dia tak tahu. Aryyan ni diam diam ubi berisi. Di hadapan orang bukan main macam budak nerd tapi belakang orang...

"hoi! Ariel, kau dengar tak ni? aku saje je nak tengok reaksi dorang bila aku pakai baju macam tu." bebel Aryyan.

"tapi dah kau tak bagi aku pakai, takpelah. aku pakai jelah dress tu. tapi aku make up macam nerd jugak. okay tak??" tanya Aryyan dan Ariel hanya memandang Aryyan yang sedang bersiap itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience