Bab 7

Other Completed 8349

BAB 7

Aryyan terjaga dari tidurnya apabila dia terasa pergerakkan di sebelahnya. Apabila Aryyan membuka matanya dia lihat Eric sedang tidur sambil kepalanya beralaskan lengan. Aryyan bangun dan melihat jam di dinding.

"11.30 Malam" kata Aryyan perlahan. Lama betul dia tidur mungkin sebab persekitaran rumah Eric yang sunyi. Aryyan bangun dari tilam Eric dan menuju ke dapur dia membuka peti sejuk mencari sesuatu untuk diminum. seketika kemudian Aryyan menutup pintu peti sejuk dengan ditangannya terdapat sebotol soda. Aryyan minum soda sambil matanya tertacap pada telefonnya. terdapat 13 missed call semuanya daripada abangnya. mesti Arthur risau.

"Aryyan. asal tak kejut aku?" tanya Eric sambil duduk berhadapan dengan Aryyan.

"aku pun baru bangun tidur ni weh." lalu mereka terdengar bunyi loceng di tekan. Aryyan mengangkat keningnya Eric pula mengerutkan dahinya.

"siapa tu?" tanya Eric.

"kenapa tanya aku pula. ni rumah kau kan." perli Aryyan. lalu dia dan Eric bangun dan berjalan menuju ke pintu hadapan. Aryyan mengintai melalui tingkap. matanya terbuka luas.

"kenapa? siapa yang kat depan tu?" tanya Eric pelik melihat Aryyan yang sedang kaku itu.

"mem.....member kau.." kata Aryyan perlahan. dia tak mahu rahsianya bocor sekarang dan Eric seolah olah tahu apa yang difikirkannya segera menarik Aryyan naik ke tingkat atas.

"nak buat macam mana ni?" tanya Aryyan.

"menyorok dalam bilik aku. duduk diam diam." Aryyan patuh akan kata kata Eric lalu terus masuk ke dalam bilik Eric tanpa berkata apa apa.

"nanti bila dia orang dah balik aku panggil kau." kata Eric lagi sebelum meninggalkan Aryyan.

selama 10 minit Aryyan bersembunyi di bilik Eric. akalnya masih ragu ragu dengan Eric. bagaimana kalau Eric mengkhianatinya. dia tahu bagaimana sikap Eric dahulu. seorang playboy dan hanya suka berkawan dengan orang yang cantik dan seksi sahaja. budak budak yang lemah dibuli dan dibenci oleh Eric. Aryyan risau jika selama ini Eric hanya berpura pura untuk membalas dendam kepadanya. tiba tiba pintu bilik Eric dibuka. Aryyan terkejut melihat Julia yang berada disebalik pintu tersebut. reaksi Julia pula terkejut dan perasaan cemburunya membuak buak apabila tahu ada seorang gadis cantik sedang bersembunyi dibilik Eric.

"kau siapa?" tanya Julia. Aryyan hanya diam sambil menggelengkan kepalanya. Nampaknya Julia tak kenal siapa dia yang sebenarnya.

"apa geleng geleng. kau siapa? Apa yang kau buat dekat dalam bilik boyfriend aku ni?" jerit Julia pada Aryyan.

erk boyfriend? setahu Aryyan Eric mana ada awek. memang betul Eric playboy tapi takdelah sampai nak bercouple bagai.

"aku tanya kau siapa asal kau diam?" tanya Julia lagi mukanya merah menahan marah. bengamg melihat gadis tersebut hanya berwajah selamba walaupun sudah dijerit berkali kali.

Pada ketika itu Eric yang sedang berbual mencari cari dimana hilangnya Julia. dia risau jika Julia naik ke tingkat atas dan terjumpa Aryyan yang sedang menyorok didalam biliknya.

"guys, Julia mana?" tanya Eric.

"tadi dia kata nak naik bilik kau kejap. tak tahulah nak buat apa." kata Seth sambil mulutnya mengunyah kacang.

shit. Eric terus berlari ketingkat atas. Sebaik sahaja kakinya memijak lantai tingkat atas dia terdengar suara Julia sedang menjerit marah marah dan pintu biliknya yang sedang terbuka.

"Julia! apa yang kau buat dekat dalam bilik aku ni?" marahnya ditahan apabila dia melihat Aryyan dijerit oleh Julia sedangkan Aryyan tidak buat apa apa kesalahan pun.

Julia menjeling Eric.

"aku yang patut tanya kau. perempuan ni siapa? apa yang dia buat dekat dalam bilik kau?" Eric mengerutkan dahinya.

"no no no no kau silap.. aku rasa soalan kau tu kau yang patut jawab sendiri. right now kau kat rumah aku. kat dalam bilik aku. kau tu tetamu. apa hak kau nak tanya macam tu dekat aku. siapa pun dia kau kenal ke tak kenal ke bukan masalah aku. yang masalahnya bila kau masuk rumah aku senyap senyap naik bilik aku lepas tu kau tengking member aku. apa motif kau?" tanya Eric menyindir Julia. Julia terdiam. perasaannya malu bercampur dengan marah.

"kenapa diam? tak tahu nak cakap apa? kenapa? sebab kau tahu kau salah. betul tak?" Sindir Eric lagi.

"mulai hari ini, saat ini, kau Julia, dilarang menjejakkan kaki kau kedalam rumah aku. faham? melainkan kalau dijemput ataupun family kau dijemput attend apa apa majlis dekat rumah aku ni. faham tak?" Julia terkejut mendengar kata kata Eric. begitu juga dengan Aryyan. Eric tersenyum sinis pada Julia. lalu dia berjalan mendekati Aryyan. Tangannya melingkari pinggang Aryyan memaksa Aryyan untuk berdiri rapat dengannya.

"kalau kau dah faham tolonglah, keluar dari rumah aku ni." wajah Julia menjadi semakin merah. dia menghentakkan kakinya marah.

"kau akan terima balasannya sebab buat aku macam ni Eric!" jerit Julia sebelum turun ke tingkat bawah. dia mengajak Syeya, Thomas dan Seth umtum pulang ke rumah. terpinga pinga mereka dibuatnya tetapi mereka menurut sahaja kata kata Julia apabila mereka lihat Julia sedang berada dalam keadaan mood yang tidak baik. Thomas menghantar mesej kepada Eric mengatakan yang mereka dipaksa untuk pulang ke rumah oleh Julia dan dia meminta maaf kerana membawa Julia datang ke rumahnya tanpa meminta izin oleh Eric.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience