Bab 13

Other Completed 8349

BAB 13

"cikgu, saya nak tanya status Aryyan sekarang ni. memandangkan dia dah sebulan tak datang sekolah." tanya Eric pada pengetua sekolahnya. Pengetua memandang Eric lalu dia tersenyum sebelum mengambil fail pelajar Aryyan.

"berdasarkan fail pelajar Aryyan saya dapati dia selalu dibuli. betul ke Eric?" tanya tuan pengetua. Eric hanya mampu mengiyakan pertanyaan Pengetua sekolahnya.

"kenapa awak tak maklumkan kepada saya Eric? awak tahukan awak tu Presiden pelajar dan sudah menjadi tugas awak untuk maklumkan kepada saya tentang hal hal sebegini. ke, awak pun turut membuli dia Eric?" Eric terkejut apabila tuan pengetua berkata begitu. Dia tidak menjawab pertanyaan pengetua. Tuan pengetua mengeluh.

"Eric, kamu tahu tak sebab kamu semua sekolah kita dah hilang dana terbesar kita. Ayah Aryyan adalah penderma terbanyak di sekolah ini. Meja meja kerusi kamu semua di kelas tersebut, air cond yang berada di setiap sudut bangunan semuanya hasil wang derma ayah Aryyan. kamu buli Aryyan tapi dia diam sahaja bila ayah dia dapat tahu dia marah tahu tak? ayah dia datang jumpa saya kata nak saman pihak sekolah sebab disiplin kamu semua disini teruk. Nasib baik Aryyan halang kalau tidak memang saya terpaksa tutup sekolah ni." kata Tuan pengetua. Eric hanya menunduk.

"tuan, saya tahu saya salah. tapi tuan saya dan Aryyan sebenarnya kawan baik. Saya ikhlas kawan dengan dia. tapi ada orang dah buat hubungan kitaorang retak. kali terakhir saya jumpa dia pada malam tahun baru. Ada orang cuba kenakan Aryyan tetapi gagal. Aryyan dapat tahu dan dia marahkan saya kerana dia ingat saya yang cuba kenakan dia. tapi saya langsung tak terlibat dengan semua tu tuan! saya cuba nak minta maaf tapi saya langsung tak dapat contact dia! saya nak terangkan kepada dia bahawa saya tak bersalah. Dia patut tahu yang saya ikhlas berkawan dengan dia, bukan sebab saya nak kenakan ataupun malukan dia!" kata Eric setelah itu dia menghela nafas leganya. Dadanya berasa lapang akhirnya. Tuan pengetua menggelengkan kepalanya.

"dah terlambat Eric. keluarga Aryyan dah pindah ke LA tiga minggu yang lepas. dia akan homeschool sahaja nanti. kamu semua, saya akan denda kamu semua sebab sudah buli pelajar pandai seperti Aryyan. ini sekolah bukan tempat nak buli orang. nampaknya saya perlu mengetatkan disiplin di sekolah ini lagi. pesan pada rakan rakan kamu. mulai esok peraturan akan digubal dan tiada sesiapa kecuali saya boleh mengubahnya semula. kamu semua memang dah melampau!" kata tuan pengetua tegas.

*****
7 Tahun kemudian...

Thomas memarking keretanya bersebelahan dengan kereta mini cooper roadster yang berwarna putih. Lalu Thomas mengunci kereta miliknya sebelum melangkah ke dalam bangunan The Pacific dengan yakin sambil menjinjing beg kerjanya. Dia berjalan menuju ke kaunter pertanyaan.

"saya Thomas Enders ada temu janji dengan cik Zolen pukul 9.00 pagi." kata Thomas pada gadis kaunter tersebut. Setelah Thomas diberi pas pelawat gadis tersebut menyuruh Thomas naik lif ke tingkat 25 di tingkat tersebut akan ada seorang penyambut tetamu yang akan membawanya berjumpa dengan Cik Zolen. Thomas mengucapkan terima kasih sebelum melangkah ke arah lif.

"encik duduk di sini sekejap ya. Cik Michealson tengah ada meeting." kata Rabecca pembantu Cik Zolen.

"baiklah terima kasih ya." kata Thomas. Rabecca tersenyum kepada Thomas sebelum masuk ke bilik mesyuarat.

20 minit kemudian...

"encik Enders?" tegur Aryyan pada Thomas yang sedang leka membaca newspaper.

Thomas memandang Aryyan. dia terkelu. Aryyan juga begitu tetapi dia kawal. Aryyan tersenyum kepada Thomas.

"Thomas.." kata Aryyan ceria. dia menghulurkan tamgan untuk bersalam dengan Thomas.

Thomas bangun dari duduknya sambil menelan liurnya berkali kali. Dia memandang huluran Aryyan kemudian dia memandang wajah Aryyan kembali. tangannya cepat cepat menyambut huluran Aryyan setelah sedar Aryyan sudah menunggu lama.

"Aryyan, la... lama tak jumpa? kau sihat?" tanya Thomas gugup. Aryyan ketawa kecil melihat reaksi Thomas.

"aku sihat je. so.. kaulah yang nak bekerjasama dengan The Pasific?" tanya Aryyan pada Thomas. Thomas tersenyum pada Aryyan.

"kau ke Cik Zolen?" tanya Thomas pula. Aryyan ketawa kecil.

"yes. Aku Aryyan Zolen." kata Aryyan.

"The Pasific ni.... kau punya?" tanya Thomas lagi.

"Yup, aku dah terajui syarikat ni selama 5 tahun." jawapan Aryyan membuatkan Thomas terkedu.

"5 tahun? lamanya? kau tak sambung belajar ke?"

"sambung. Aku bekerja sambil belajar. Pak Cik aku tak sabar sabar nak tengok aku handle syarikat ni." kata Aryyan sambil dia membuat isyarat pada Rabecca untuk membuat air untuk Thomas.

"eh, kita ni berborak dekat luar pula. Marilah masuk pejabat aku. Dekat dalam kita boleh cerita lebih lagi." kata Aryyan lalu dia mempelawa Thomas masuk ke pejabatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience