Bab 9

Other Completed 8349

BAB 9

"berita tergempar berita tergempar!!" jerit Syeya pada rakan rakannya yang sedang lepak di cafeteria.

"hah apa dia berita tergempar yang kau cakap kan tu?" tanya Julia cemas. dia tak sabar sabar nak tahu berita yang bakal disampaikan oleh Syeya.

"malam tahun baru nanti. Eric ajak Aryyan keluar. Dia orang nak sambut malam New Year sama sama!" kata Syeya. Julia menjelingkan matanya.

"kalau setakat benda tu kau tak payah cakaplah. kitaorang semua dah tahu setengah jam lagi awal. Eric memang dah cakap dengan kitaorang yang dia nak sambut New Year dengan Aryyan. tak pernah dibuatnya Eric tu sambut dengan budak nerd macam si Aryyan tu. Ilmu hitam apa tah si Aryyan tu dah amalkan." bebel Julia geram. sejak daripada kes dia dihalau daripada rumah Eric dia dan Eric jarang bercakap. Namun yang masih menjaadi persoalannya siapakah gadis yang berada didalam bilik Eric malam tu. Julia tak pernah nampak perempuan tu di sekolah mereka mungkin pelajar dari sekolah yang lain.

"haah Syeya kita orang dah tahu dah. Eric dah bagitahu tadi. dia minta maaf sebab tahun ni dia tak dapat nak sambut new year dengan kita. tahun ni dia kata dia nak sambut dengan Aryyan." kata Thomas pula. Syeya mengeluh. kepalanya digelengkan.

"korang ni tak faham ke? berita ni sebenarnya satu peluang untuk kita kenakan Aryyan. dah lamakan dia tak kena prank dengan kita. pelajar yang lain pun dah takut nak prank dia sebab dia rapat dengan Eric." kata Syeya bengang. Julia tiba tiba tersenyum. Nampaknya dia bersetuju dengan rancangan untuk mengenakan Aryyan. Manakala pula reaksi Thomas dan Seth pula berbeza. mereka tidak bersetuju untuk mengenakan Aryyan.

"sorry lah Syeya kita orang tak setujulah dengan plan kau nak prank Aryyan. kesianlah dia." kata Thomas.

"lagipun dia mana ada buat salah dengan kita. Dia tu budak baik je kan. pandai pula tu." kata Seth pula. Julia dan Syeya menjeling. menyampah pula bila Aryyan tu dikatakan baik dan pandai.

"kau kata dia tak buat salah dengan kita? habis tu yang dia rampas Eric dari kita tu apa? dia rampas kawan kita! tahu tak! dia rampas Eric!" kata Julia marah. Thomas dan Seth menggelengkan kepala mereka.

"mana ada rampas. Eric masih lagi berkawan dengan kitakan. apa masalah kau? dahlah Julia, Syeya aku tak fahamlah dengan korang. cemburu tak tentu pasal dengan Aryyan tu." marah Thomas sebelum dia dan Seth berlalu pergi meninggalkan Julia dan Syeya dicafeteria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience