Bab 10

Other Completed 8349

BAB 10

"Aryyan dah siap?" tanya Aaron pada Aryyan sebaik sahaja dia masuk kedalam bilik Aryyan. Hari ini, seluruh ahli keluarganya akan datang berkumpul untuk menyambut tahun baru bersama sama. setahun hanya beberapa kali sahaja mereka dapat berjumpa masing masing sibuk dengan tanggungjawab masing masing.

"dah daddy." kata Aryyan ceria sambil tersenyum pada Aaron. Aaron tersenyum melihat satu satunya anak gadisnya.

"family kita semuanya dah tunggu Aryyan dekat bawah. majlis dah nak mula dah." kata Aaron.

"okay tak gaun Aryyan ni daddy?" tanya Aryyan. Aaron melihat gaun labuh yang dipakai oleh Aryyan. Tahun ini tema warna pakaian mereka adalah merah. Aryyan memakai gaun hitam disertakan aksesori berwarna merah. Aaron tersenyum.

"nice cantik anak daddy." kata Aaron. Aryyan pula mencebikkan bibirnya. lalu kedua beranak tersebut tertawa riang.

"daddy, Aryyan. jom turun." pelawa Arthur pada mereka. Arthur memakai sut berwarna hitam dipadankan dengan tie berwarna merah.

"uish sepadan lah pakaian kau orang hari ini. tapi kekurangan warna merahlah." kata Aaron. Arthur tersenyum sinis.

"okaylah juga daripada daddy semua merah. geli Arthur tengok." kata Arthur mengutuk pakaian Aaron yang keseluruhannya berwarna merah. sut merah tie merah malah kasutnya pun berwarna merah.

"eh, daddy pakai sut warna apa pun tetap handsome dan muda okay." kata Aaron. Arthur dan Aryyan ketawa kecil. memang benar apa yang dikatakan oleh Aaron. Pada tahun ini umur Aaron mencecah 47 tahun. Namun dia kelihatan seperti lelaki bujang berumur 36 tahun Sahaja. Aryyan dan Arthur sudah berkali kali memaksa bapa mereka berkahwin lain tetapi bapa mereka menolak. katanya trauma. Dia trauma melihat anak anaknya didera oleh bekas isterinya, ibu kandung Arthur dan Aryyan.

"daddy tak rasa nak kahwin lagi ke?" tanya Arthur. Aaron tersenyum tawar. matanya menunjukkan ketakutan yang teramat sangat. Aryyan dan Arthur tersenyum sinis. mereka selalu bergurau dengan bapa mereka menyuruh Aaron kahwin tetapi hakikatnya mereka takut jika kenangan beberapa tahun yang lepas berulang kembali.

10 TAHUN YANG LEPAS

"sakit mummy! sakit!!" Aryyan meraung kesakitan apabila rambutnya ditarik dengan kuat oleh ibunya.

"kalau kau mengadu dengan bapak kau pasal hal ni, aku bunuh kau!!! faham tak? aku tanya faham tak?!!!" jerit Laura pada Anaknya Aryyan. hanya kerana Aryyan tidak sengaja menumpahkan air kopi yang panas diatas lantai.

"faham mummy...." kata Aryyan sedih. sebelum Laura melepaskannya Laura telah menampar Aryyan yang berumur 6 tahun itu dengan kuat sehingga Aryyan pengsan. pipinya bengkak, hidung dan bibirnya berdarah.

Aryyan dijumpai oleh Aaron pada keesokkan harinya apabila dia ingin mengejutkan anaknya untuk pergi ke sekolah.

Apabila Aryyan sedar Aryyan telah didesak untuk memberitahu siapa yang mencederakannya namun Aryyan membantah kerana ibunya menjegilkan matanya pada Aryyan.

Arthur yang sudah tidak tahan di seksa dan melihat adiknya tercedera lantas memberitahu perkara tersebut kepada ayahnya apabila ayahnya sedang membeli makanan di cafe hospital.

*****

"kan Daddy dah cakap daddy tak nak kahwin lagi." kata Aaron sambil wajahnya berubah muram. Aryyan tersenyum pahit. Lalu dia menarik lengan bapanya dan Arthur.

"dah dah. family kita yang lain dah tunggu kitakan. kesian pula dia orang tunggu kita lama lama. jom kita turun." ajak Aryyan. Arthur dan Aaron mengekori langkah Aryyan sambil tersenyum.

*****

"jadi hari ini, kita berkumpul untuk membahagikan harta wasiat yang telah diamanahkan oleh bapa kita. saya, Robert Dickies sebagai anak sulung dan lawyer yang telah diamanahkan oleh ayah akan membacakan wasiat kepada adik adik. untuk pengetahuan adik adik ketika perwasiatan ini dilakukan saya telah merakam segala perbualan antara saya dan ayah untuk memastikan tiada persengketaan atau iri hati berlaku. semua di minta untuk memberikan perhatian." kata Robert abang sulung Aaron sebelum memasang rakaman video antara dia dan ayahnya.

*****

"Aryyan tak faham, kenapa Aryyan dapat syarikat datuk kenapa bukan daddy ataupun anak anak datuk yang lain. dia ada ramai anakkan. Aryyan tak nak syarikat Datuk. Aryyan nak belajar lagi." kata Aryyan sedikit memberontak. Robert tersenyum. dia memandang satu satunya anak saudara perempuannya.

"itu amanah, Aryyan. lagipun datuk percayakan kebolehan Aryyan untuk menerajui syarikat Dickies. Dia nampak sesuatu dalam diri Aryyan yang tiada dekat kita orang semua." kata Robert.

"jadi, Aryyan tolonglah, terima syarikat ni ya. ni hadiah Datuk untuk satu satunya cucu perempuan dia." pujuk Isabel kakak Aaron merangkap mak cik Aryyan dan Arthur.

Aryyan mula berasa serba salah. Arthur pula mengosok gosok belakang Aryyan memujuk Aryyan agar menerima wasiat tersebut dengan rela hati. Ayahnya Aaron pula memberikan senyuman kepada Aryyan cuba menaikkan semangat Aryyan. Pak cik dan Mak cik Aryyan masing masing menaruh harapan kepada Aryyan. Aryyan memandang saudara saudara lelakinya masing masing tersenyum pada Aryyan. mereka juga kelihatan yakin kepada Aryyan. Aryyan semakin serba salah. majlis makan makan yang sepatutnya diadakan telah bertukar kepada majlis penyerahan harta pula.

"baiklah. Aryyan setuju. tapi, kalau ada sesiapa yang tak puas hati better cakap sekarang. Aryyan tak nak nanti bila Aryyan dah mula bekerja semua protes tak puas hati." bebel Aryyan. Semua yang ada hanya diam sambil tersenyum gembira pada Aryyan. Aryyan hanya mampu menggelengkan kepalanya memikirkan tanggungjawab yang tak lama lagi bakal digalasnya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience