Bab 8

Other Completed 8349

BAB 8

Aryyan menjeling Eric yang sedang menahan baran. Eric berjalan melangkah ke luar bilik lalu turun ke tingkat bawah. Aryyan duduk di atas kerusi belajar yang ada dalam bilik Eric. buat pertama kali dia melihat Eric begitu marah. sebelum ini dia hanya melihat Eric yang ceria walaupun tanggungjawab berat yang digalas oleh Eric di sekolah selama ini.

Beberapa minit kemudian Eric naik ke tingkat atas. Eric terus mengambil towel yang tersangkut di dalam almari.

"keluar jom." ajak Eric dingin. Aryyan mengangguk sebelum Eric masuk ke dalam bilik air untuk bersiap.

Didalam kereta Eric hanya memdiamkan diri ketika memandu wajahnya pada ketika itu kelihatan dingin sambil matanya fokus memandang ke arah jalan raya.

"err Eric, kita nak pergi mana ni?" tanya Aryyan memecahkan suasana yang sunyi. Wajah Eric yang tegang tadi akhirnya kelihatan tenang sebaik sahaja mendengar suara Aryyan.

"aku pun tak tahu. nak ajak kau pergi club tapi takut ramai budak yang kita kenal lepak kat sana." kata Eric wajahnya menjadi sedih pula tiba tiba. Aryyan tersenyum kecil melihat perubahan wajah Eric.

"kita lepak dekat taman bandar nak tak? malam ni kat sana ada buat pertunjukkan bunga api dan pesta makanan. nak makan lah wei.. lapar." kata Aryyan sambil menepuk perutnya beberapa kali dengan perlahan. Eric lihat Aryyan tersangatlah comel ketika buat gaya seperti itu. serta merta Eric menolak tubuh Aryyan bersandar pada tempat duduknya. wajah Eric merah menahan malu. Aryyan pula pelik kerana ditolak supaya dia bersandar dia memandang Eric.

"kau kenapa tolak aku?" tanya Aryyan pelik lalu dia melihat wajah Eric yang merah. Aryyan tersengih lebar.

"eh kau malu ehhh?? hahaa Eric malulah. merahnya muka, comelnya Eric bila malu!" Aryyan mula bergurau dengan Eric. Eric jadi gelabah tiba tiba.

"wei, dah lah jangan lah kacau aku. aduhhh kau ni kan." bebel Eric tetapi Aryyan masih tetap ingin bergurau dengan Eric menyebabkan muka Eric bertambah merah.

Akhirnya Eric ketawa juga. Aryyan tersenyum puas dapat melihat senyuman dibibir Eric.

musim sejuk semakin hampir begitu juga dengan cuti sekolah. dalam beberapa bulan lagi mereka akan jadi pelajar tahun akhir disekolah mereka. 7 bulan Aryyan dan Eric berkawan rapat. Dalam diam Eric menyimpan perasaan pada Aryyan. Aryyan pula masih tidak menyedari perasaan cintanya pada Eric.

"Count Down New Year nanti kita keluar jom. aku nak bawa kau ke satu tempat." kata Eric dengan lantang sebaik sahaja dia berjaya mengesan Aryyan yang sedang leka membaca di perpustakaan. Aryyan terkejut mendengar suara Eric yang kuat. serentak itu Aryyan menoleh ke arah mak cik perpustakaan yang sedang memandang mereka dengan tajam kerana suara Eric yang lantang tadi. Aryyan menolak dada bidang Eric sambil jarinya diletakkan ke mulut menyuruh Eric diam. Eric ketawa sambil menarik tangan Aryyan mereka berjalan memasuki lorong lorong disebalik rak rak buku.

"kau nak tak? jomlah. aku tahu satu port baik nak tengok bunga api tanpa gangguan sesiapa." kata Eric lagi. tangannya masih erat menggenggam tangan Aryyan.

"aku ada family gathering lah Haritu." kata Aryyan sedikit berbisik. Eric menggelengkan kepalanya.

"No. aku dah minta permission ayah kau. dia kata aku boleh ambil kau dekat rumah jam 6 ptg. Family gathering kau pagikan?" kata Eric. Aryyan mengecilkan matanya. Nampaknya Eric selangkah kehadapan darinya. Dia baru ingat nak habiskan masa dengan tidur pada malam tahun baru dirumah.

Aryyan mengeluh. lalu dia membuka cermin mata besarnya dan disimpan di dalam poket di dadanya.

"okaylah kalau macam tu. nanti ambil aku kat rumah. kalau kau lambat sesaat pun aku cancel." kata Aryyan lalu memakai semula cermin matanya sebelum berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience