Bab 4

Other Completed 8349

BAB 4

"kau orang nampak Aryyan tak?" tanya Eric pada tetamunya.

"kenapa pula tiba tiba kau tanya pasal Aryyan ni Eric?" tanya Seth pada Eric.

"kitakan dah plan nak game perempuan nerd tu malam ni. kau lupa ke?" tanya Eric dengan teruja.

"aku tak tahu pula. korang tak cakap pun. bila masa korang plan benda ni?" tanya Seth lagi.

"3 hari yamg lepas. kau takde ke masa kita orang buat perjumpaan haritu?" tanya Eric balik. Seth menggeleng.

"takpe. meh sini aku bagitau kau plan kitaorang." kata Eric.

"Thomas, dorang plan nak kene kan Aryyan malam ni." bisik Seth pada Thomas rakan baiknya ketika rakan rakan mereka yang lain sedang menyediakan penyediaan untuk memalukan Aryyan.

"diaorang nak buat apa weh?" tanya Thomas cemas tetapi wajahnya di cover agar tidak menimbulkan syak wasangka.

"kau nampak tangki besar kat atas bumbung laman Eric tu? dalam tu dorang letak macam macam. aku tengok dah macam muntah dah wei." tiba tiba kedengaran suara Alex menjerit.

"wei korang! bagi aku tangga! aku nak meludah and kencing dalam benda ni!!" serentak itu kedengaran suara sorakan tanda menyokong perbuatan Alex itu.

"see? now dorang nak kencing pula. kesian weh dengan Aryyan tu.." kata Seth simpati. Thomas mendiamkan diri cuba memikirkan perancangan untuk menyelamatkan Aryyan dari dimalukan di hadapan khalayak ramai.

Tiba tiba kedengaran suara dari luar memgatakan bahawa Aryyan telah sampai.

Thomas dan Seth berasa cemas. Mereka perlu segera menyelamatkan Aryyan!

Aryyan berjalan masuk sambil diiringi oleh Eric yang menjemputnya di pintu hadapan. Tanpa Eric ataupun tetamu yang lain sedar sebenarnya Ariel dan Adam sedang menyusup masuk ke dalam rumah banglo milik Ibu bapa Eric.

"Aryyan duduklah dulu, saya bawakan minuman untuk Aryyan ya." lalu Eric meninggalkan Aryyan untuk mengambil air untuk Aryyan.

Aryyan melihat sekeliling. Party ni ramai tetamu yang datang tapi masing masing sedang melihat Aryyan dengan pandangan penuh makna. ada yang sedang berbisik pada satu sama lain. Aryyan tersenyum sinis. lalu dia melihat ke arah atas dan dia melihat terdapat tangki besar yang diletakkan di atas bumbung di laman. Aryyan terfikir apa fungsi tangki tu diletakkan di tengah laman. Dia tersenyum penuh makna. Seketika kemudian Eric datang membawa minuman untuk Aryyan.

"nah. for you darling." Eric mula menjalankan perancangannya.. Aryyan tersenyum juga walaupun dalam hati sudah memaki hamun Eric.

Aryyan melihat jam lalu dia senyum pada Eric yang sedang leka memandangnya.

"Eric, toilet kat mana? tiba tiba aku sakit perutlah." tanya Aryyan.

"toilet kat bawah ada dekat atas pun ada. kau nak yang mana??" tanya Eric.

"kat bawah aku takut ramai sangatlah." kata Aryyan. Eric senyum.

"jom aku bawa kau ke toilet tingkat atas." ajak Eric sambil memimpin tangan Aryyan.

"nanti kalau kau dah selesai kau turun ya. jumpa aku kat laman." kata Eric dan Aryyan hanya mengganggukkan kepalanya sebelum masuk ke dalam tandas.

Aryyan memandang cermin melihat pantulan dirinya yang ketika itu sedang memakai dress bawah lutut warna biru, rambut yang diikat satu dan aksesorinya yang utama untuk menjadi seorang gadis nerd adalah cermin mata nya yang besar. Tiada sebab kenapa dia berlakon untuk menjadi nerd. Dia hanya menjadi nerd suka suka tanpa menyangka rupa rupanya pelajar disekolah tersebut amat membenci pelajar pelajar yang ulat buku.

sedang leka Aryyan berkhayal tiba tiba pintu bilik air diketuk dan bunyi ketukan itu seperti berirama. Aryyan sudah tahu siapakah yang mengetuk pintu tersebut terus membuka tanpa rasa was was. Disebalik pintu itu Ariel dan Adam sedang berdiri dengan pakaian yang sepenuhnya berwarna hitam.

"korang dah uruskan CCTV?" tanya Aryyan.

"sudah. malah pengawal peribadi yang sedang mengawasi Rumah turut kami selesaikan." jawab Adam. Aryyan tersenyum puas.

"kau orang dah pastikan ke tiada siapa yang akan naik kat tingkat atas?" tanya Aryyan lagi.

"settle dah..."

"dah call ibu bapa Eric?" tanya Aryyan.

"Mereka on the way" jawab Ariel pula dengan senyuman sinis. sambil menyarung sarung tangan hitam Aryyan berkata..

"kita ada 5 minit. mulakan tugasan kita." kata Aryyan serentak itu dia mula berjalan ke arah pejabat bapa Eric. Aryyan menyelongkar dokumen dokumen dan mula membaling dokumen dan barang barang untuk membuat kan bilik tersebut seperti digeledah. manakala Ariel pula mula menyelongkar perhiasan ibu Eric dan menyorokkannya di tempat tempat yang tersorok. mereka sebenarnya tiada niat untuk mencuri tetapi hanya ingin memberi pengajaran kepada Eric. Bilik tidur mereka juga Ariel selerakkan supaya kelihatan seperti digeledah. Adam tugasnya memecahkan pasu pasu berharga milik ibu Eric. Adam memecahkan pasu tersebut tanpa mengeluarkan bunyi lalu menyepahkan di tempat dimana pasu tersebut diletakkan.

Setelah cukup 5 minit akhirnya Aryyan, Ariel dan Adam berlalu pergi tanpa meninggalkan bukti bahawa merekalah dalang pada semua ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience