Bab 12

Other Completed 8349

BAB 12

"happy new year Aryyan." kata Eric serentak dengan pancaran bunga api yang memancar di belakangnya. serentak itu Aryyan perasan akan sesuatu yang besar sedang jatuh diatasnya tanpa berfikir panjang Aryyan melompat 5 kaki kebelakang.

"bushhhhh!!!" Aryyan memandang cecair tersebut. Dia kenal cecair tersebut cecair ketika parti di rumah Eric beberapa bulan yang lepas. Aryyan mengerutkan dahi. Dia membuka cermin mata tebalnya. Dadanya turun naik menahan marah wajahnya juga menjadi merah. Aryyan memandang Eric yang sedang terkejut. berdiri kaku di tempatnya. Eric lalu memandang Aryyan dia perasan riak wajah Aryyan yang berubah.

"Aryyan, sumpah aku tak tahu apa apa pun pasal benda ni!" kata Eric me
rayu pada Aryyan.

"apa semua ni?" tanya Aryyan perlahan. giginya diketap. wajahnya tegang. Eric menghampiri Aryyan dia cuba menyentuh bahu Aryyan tapi Aryyan menepis. Aryyan berundur kebelakang.

"aku percayakan kau ini yang kau bagi dekat aku?" kata Aryyan kepalanya menggeleng tidak percaya. selama ini dia percaya bahawa Eric sudah berubah. namun ternyata tidak. Eric pula menghampiri Aryyan untuk memujuk Aryyan. dia benar benar tidak tahu apa apa mengenai semua yang berlaku sekarang ni.

"Aryyan aku sumpah aku tak tahu apa apa pun pasal benda ni semua. please, percayakan aku." rayu Eric lagi.

Aryyan menggelengkan kepalanya. Lalu dengan perasaan marah yang masih membara dia berlalu pergi meninggalkan Eric yang masih merayu. Eric cuba untuk menghalang Aryyan dari pergi tetapi Aryyan mengelak dan meneruskan langkahnya meninggalkan Eric.

"Aryyan. Aryyan sure ke nak sekolah di rumah je? Aryyan tak bosan ke?" tanya Arthur pada Aryyan. Aryyan tersenyum pada Abangnya. Malam ni mereka akan berangkat Hawaii untuk bercuti beramai ramai.

"yes. im sure." kata Aryyan sambil memasukkan baju yang akan di pakai ketika bercuti ke dalam beg.

"best tak tadi keluar dengan Eric?" tanya Arthur. Aryyan tersenyum manis pada abangnya.

"best tadi. macam macam surprise Eric bagi dekat Aryyan tadi." kata Aryyan gembira. Arthur tersenyum melihat adiknya bahagia.

"tapi kenapa bila balik Aryyan tiba tiba buat keputusan untuk homeschool?" tanya Arthur pelik. Aryyan menyambung kembali tugasan mengemasnya.

"Aryyan bosan dengan sekolah tu. Lagi pun bila Aryyan Homeschool dapatlah Aryyan lepak dengan Nariq selalu. heheheh" kata Aryyan ceria.

Arthur mencium dahi Aryyan sebelum berlalu keluar dengan beg pakaian Aryyan ditangannya.

*****

"Aryyan kau kata kau nak homeschool dengan aku? betul ke ni? macam tak percaya je!" tanya Nariq tidak percaya. sambil bercakap tangannya memegang bahu Aryyan menggoncang goncang tubuh gadis Aryyan. Aryyan menggelengkan kepalanya melihat telatah Nariq yang teruja. Dia melepaskan diri dari pegangan Nariq dan berundur beberapa langkah kebelakang menjauhkan dirinya dari Nariq.

"ya, betul tu aku akan homeschool dengan kau. tapi kenapa kau teruja sangat ni?" tanya Aryyan pelik.

"siapa je tak teruja! aku bosan belajar sorang diri dekat rumah. Bila dengar kau pun nak join aku seronoklah aku!! yeahh seronoknya bila dah ada member teman!" jerit Nariq teruja Aryyan hanya mampu menggelengkan kepalanya.

*****

musim cuti sudah tamat dan sekolah juga turut dibuka. Eric menunggu Aryyan dihadapan pagar sekolah seperti biasa. tetapi loceng sudah hampir berbunyi namun Aryyan masih tidak sampai lagi ke sekolah.

"hui, Eric, jomlah masuk kelas. loceng dah nak berbunyi ni." ajak Thomas pada Eric yang masih setia menunggu Aryyan.

Eric menggelengkan kepalanya. mukanya merah.

"aku nak jelaskan semua yang berlaku masa malam new year haritu. aku nak terangkan dekat dia yang plan nak prank dia tu buat kerja aku." kata Eric perlahan.

"kau dah jumpa dia kat rumah ke, call dia?" tanya Thomas prihatin dia sebenarnya sukakan Aryyan sejak Aryyan pindah ke sekolah ini. tapi dia terpaksa melupakan perasaannya kerana walaupun Aryyan dianggap nerd disekolahnya namun amat susah untuk dia mendekati Aryyan.

"masa cuti aku dah pergi rumah dia tapi dia takde dekat rumah. orang gaji dia kata dia dan keluarganya pergi bercuti dan akan pulang selepas cuti tamat. Aku call dia tapi dia dah tukar nombor. aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi ni wei. aku serba salah sangat dekat dia." kata Eric perlahan. matanya memandang resah ke arah pagar sekolah. seketika kemudian loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pembelajaran telah bermula. Thomas menepuk bahu Eric.

"sekolah dah mula wei. jomlah kita masuk kelas. Aryyan tak datang tu." kata Thomas pada Eric . Dia simpati kepada Eric yang sedang kecewa. Dia tahu Eric sudah jatuh cinta kepada Aryyan dia juga tahu Eric benar benar ikhlas dengan Aryyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience