Bab 11

Other Completed 8349

BAB 11

Nariq menghulurkan segelas air epal kepada Aryyan yang sedang berbual dengan kembarnya Nawiq.

"thanks" ucap Aryyan pada sepupunya itu. Nariq tersenyum kepada Aryyan.

"Anything for you miss CEO" kata Nariq pada Aryyan sambil ketawa kecil. Aryyan menjeling Nariq.

"sebab tu aku menyampah lepak dengan kau orang. tak habis habis nak sindir aku." kata Aryyan bengang. Nawiq menggosok belakang Aryyan memujuk Aryyan.

"rilek lah Aryyan, kitaorang gurau je pun. tu pun nak ambil hati." kata Nawiq. Aryyan mencebikkan bibirnya.

"aku tak kisah kau orang nak sindir aku. tapi yang aku tak tahan bila aku kene sindir miss CEO lah. Jutawan muda seksilah. aduhh, fade up aku." bebel Aryyan sambil meraup wajahnya stress. Nariq dan Nawiq tersenyum lebar.

"siapa yang kata kau Jutawan muda seksi tu?" tanya mereka serentak.

"bapak kau oranglah! uncle Nazyq!!" Bentak Aryyan bengang. kakinya menghentak lantai. Nariq dan Nawiq mengetawakan Aryyan. semakin panas Aryyan dibuatnya.

"yang kau orang gelak pahal?" Tanya Aryyan serius. tetapi Nariq dan Nawiq mengabaikan pertanyaan Aryyan kerana mereka leka ketawa. Aryyan menggelengkan kepalanya. runsing melihat pasangan kembar itu.

"dari bapak ke anak sepesen je perangai." bebel Aryyan bengang.

Tiba tiba Warren datang menegur Aryyan dan si kembar Nariq dan Nawiq.

"kau kenapa Aryyan. merahnya muka kau?" tanya Warren. Aryyan menggelengkan kepalanya sambil bibirnya dimuncungkan menunjuk kearah sikembar yang leka ketawakannya.

Warren menggelengkan kepalanya melihat si kembar tersebut. tangannya diangkat menuju ke bibir Aryyan yang sedang muncung. Tanpa rasa bersalah dia mencubit bibir Aryyan sambil membebelkan Sikembar.

"kau orang ni cuba jangan kacau Aryyan... kesian dia.." kata Warren selamba. Aryyan terkejut melihat tindakan Warren. Dia cuba menepis tangan Warren tetapi Warren tidak membenarkan dengan menepis tangan Aryyan menggunakan tangannya yang sebelah lagi. ketawa Nariq dan Nawiq semakin rancak ketawa apabila melihat sepupu mereka Warren turut serta bersama mereka mengganggu Aryyan.

Warren tersenyum sinis sambil memandang Aryyan yang sedang geram apabila diperlakukan sebegitu rupa. dia memandang Nariq dan Nawiq.

"bila aku kira satu, dua, tiga kau orang join aku lari tau." kata Warren sambil tersenyum lebar. si kembar menunjukkan isyarat okay sebelum meregangkan badan mereka bersedia untuk berlari.

"1......" Warren mula mengira.

"2..... 3!!! jom blah!" serentak itu Warren melepaskan mulut Aryyan dan mula berlari bersama sama sikembar. Aryyan pula sebaik sahaja bibirnya dibebaskan tanpa berfikir panjang dia terus mengejar ketiga tiga orang sepupunya itu. Sakit sikak8nya kerana memakai heels diabaikan. Balas dendam pada sepupunya itu lebih diutamakan.

*****

waktu dijam menunjukkan 5.30 petang. Aryyan meminta diri untuk bersiap siap untuk keluar dengan Eric jam 6 petang nanti. Pada malam ini hingga minggu hadapan seluruh ahli keluarganya akan bertolak ke luar negara untuk bercuti bersama sama. perancangan ini dibuat secara tiba tiba setengah jam yang lalu apabila Niyolla kakak Aaron ayahnya menangis kerana sudah terlalu lama mereka tidak bercuti bersama sama. Niyolla satu satunya kakak Aaron yang masih tidak berkahwin walaupun umurnya semakin lanjut. Robert anak yang sulung telah berkahwin tetapi isterinya meninggal dunia ketika melahirkan anaknya Warren. Diikuti pula olah Niyolla anak kedua. Anak ketiga pula Isabell yang telah berkahwin dengan seorang lelaki biasa dan tidak berharta Niall tetapi Niall tidak pernah dipandang rendah oleh adik beradik Isabell yang lain kerana budi pekerti Niall yang baik hati mereka mempunyai dua orang putera yang dinamakan Jacob dan Xander. Anak keempat adalah Nazyq yang isterinya telah curang dengannya dan meninggalkan dia dengan dua orang putera kembarnya Nariq dan Nawiq yang rupa dan perangai sebiji dengan bapa mereka. Akhir sekali anak yang bongsu adalah Aaron iaitu bapa Aryyan dan Arthur.

Aryyan memilih t-shirt hitam yang tertulis No Fear dan dipadankan dengan memakai skinny jeans. Memandangkan sekarang ini musin bersalji Aryyan telah memilih boot tinggi salji. setelah itu Aryyan memakai mafella yang dililitkan di sekeliling lehernya. tanpa Aryyan sedar sebenarnya ditingkat bawah Eric telah sampai dan sedang ditemu bual oleh sepupu sepupu Aryyan yang tersangat over protective terhadap Aryyan.

"apa nama kau?" tanya Jacob garang. Jacob sememangnya dikenali sebagai orang yang garang tetapi hatinya teramatlah lembut apabila berkaitan dengan Aryyan. maklumlah Aryyan satu satunya perempuan dikalangan mereka wajarlah dia dan sepupu yang lain teramat ambil berat dengan Aryyan.

"Eric Michealson" jawab Eric tenang.

"kau ajak Aryyan keluar ni nak buat apa? pergi mana? siapa lagi yang ikut kau orang? jam berapa nak hantar Aryyan balik sini balik?" tanya Werren pula.

"nak ajak Aryyan sambut new year sama sama lepak kat padang tengok bunga api kitaorang berdua je yang keluar tiada orang lain yang ikut kitaorang dalam jam 2 pagi aku akan pastikan Aryyan dah tidur dekat atas tilam dia." kata Eric selamba. Werren mengangguk anggukkan kepalanya puas hati dengan jawapan yang diberikan Eric.

"Hai Eric, dah lama ke kau sampai?" tanya Aryyan sedikit terkejut dia melihat jam baru 15 minit berlalu dari waktu dia naik ketingkat atas tadi.

"tak adalah aku baru je sampai." kata Eric pada Aryyan. dia sebenarnya terpegun melihat sentiasa cantik. Tiba tiba Aryyan mengeluarkan cermin mata nerdnya. Eric terkejut. Aryyan pula buat muka selamba sambil keningnya diangkat sebelah.

"tiba tiba mood aku nak jadi nerd pula harini." kata Aryyan selamba. Eric tersenyum.

"nerd bergaya. nice...." kata Eric sebelum ketawa. Aryyan menggelengkan kepalanya sambil tertawa kecil.

*****

"cousin cousin kau anoyying betul." ngadu Eric pada Aryyan. pada ketika itu mereka sedang berada didalam kereta untuk pergi makan sementara menunggu countdown malam nanti.

"dia orang memang macam tu. Dari kecil lagi memandangkan aku seorang je perempuan." kata Aryyan. Dia tersenyum kecil apabila terkenangkan kenangan ketika mereka masih kecil dahulu.

"mesti masa kecil kecil dulu kau join dia orang main perang perangkan?" tanya Eric. Aryyan menggelengkan kepalanya.

"taklah. dulu aku main masak masak. rumah rumah.... semua dengan diaorang. main perang perang tu kadang kadang je." kata Aryyan. Eric yang sedang memandu terkejut mendengar penjelasan Aryyan.

"Dia orang? main masak masak dengan kau? biar betul!" kata Eric tidak percaya. Aryyan hanya ketawa melihat reaksi Eric.

*****

"kau nak bawa aku pergi mana ni?" tanya Aryyan dia sudah penat mendaki bukit. lagi beberapa minit tahun baru akan bermula dan mereka masih lagi sedang bersusah payah mendaki.

"adalah.." kata Eric suaranya tidak kedengaran lelah langsung. Lalu dia berhenti sebelum mendukung Aryyan dibelakangnya. Aryyan terkejut apabila tiba tiba dia diangkat oleh Eric.

"kau penatkan? takpe aku dukung kau." kata Eric. Aryyan memukul lembut bahu Eric.

"aku beratlah wei. turunkan lah aku.... kesian kau wei." kata Aryyan perlahan.

"ringan je aku rasa." kata Eric sambil tersenyum. Hari ini dia ingin menyatakan rasa cintanya pada Aryyan. Berbeza pula dengan Aryyan daripada siang tadi dia sudah berasa akan terjadi perkara yang tidak elok ditambahkan lagi apabila dia terlihat kelibat Julia dan rakan rakannya sedang mengekori mereka.

Tiba tiba Eric berhenti dia menurunkan Aryyan sebelum melihat jam. Eric tersenyum pada Aryyan dengan senyuman yang sukar ditafsirkan Aryyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience