Bab 14

Other Completed 8349

BAB 14

Thomas tersenyum seorang diri apabila mengingatkan kembali ketika dia dan Aryyan lunch bersama sama. Aryyan kelihatan berbeza sekali tidak seperti ketika dizaman persekolah dahulu. Dia masih lagi menyimpan perasaan pada Aryyan walaupun sudah 7 tahun berlalu. Tiba tiba Thomas teringat kepada Eric yang sedang bekerja diluar kawasan. Eric sampai sekarang masih tidak boleh memaafkan dirinya kerana sebab dia Aryyan berpindah ke luar negara dia juga menyesal kerana tidak dapat meluahkan perasaannya kepada Aryyan.

Thomas mengambil telefon bimbitnya. dia membelek belek telefonnya sebelum mendail nombor Eric. setelah beberapa saat telefon berdering akhirnya Eric menjawab panggilannya.

"bro. kau sihat?" tanya Thomas.

"sihatlah bro. cuma buzy sikit je. kau apa khabar bro. lama tak dengar cerita?" kata Eric ceria.

"aku? macam biasalah bro. masih handsome dan digilai ramai wanita." kata Thomas bergurau sambil itu dia ketawa geli hati. gembira rasanya bila dia dapat bercakap dengan kawan baiknya itu. sudah hampir setahun rasanya mereka tidak berjumpa. hanya sekadar menghantar pesanan ringkas itupun hanya sekadar bertanyakan khabar.

"untunglah digilai ramai wanita. macam aku ni siapa pun tak nak." kata Eric lalu dia ketawa kecil.

Thomas terkelu. Dia bukan tak tahu. punyalah ramai wanita yang mahukan Eric tetapi Eric yang menolak kerana sampai sekarang Eric masih lagi tidak dapat melupakan perasaan cintanya kepada Aryyan.

"bro... kau ni bukan perempuan yang tak nak. kau yang tak nak masalahnya bro." kata Thomas. Eric tersenyum kecil walaupun dia tahu Thomas tidak akan nampak senyumannya itu.

"hmm kau tahukan bro. aku masih tak dapat lupakan dia. she's everything for me bro. aku menyesal sangat sebab tak kejar dia dulu. aku patut kejar dia. silap aku sebab tak halang dia pergi." kata Eric sebak. Thomas mula berasa serba salah. Dia keliru antara perasaannya dan perasaan kawan baiknya.

"bro... a...akk...aku faham. Aku pun salah juga. aku patut warning kau yang ada orang nak kenakan Aryyan tapi aku tak bagi tahu kau." kata Thomas pula. Dia keliru patutkah dia memberitahu dimana Aryyan sekarang ini.

"hmm.. by the way kau dekat mana ni? aku dengar kau bakal mewarisi syarikat ayah kau. hebatlah kau. bangga aku dengan kau!" kata Eric ceria. dia cuba menukar topik.

"apa aku pula yang hebat. Aku rasa kau salah orang ni. orang yang hebat sebenarnya adalah orang yang sedang on the phone dengan aku sekarang ni!" Thomas memuji Eric. Eric ketawa malu.

"apa aku pulak.." kata Eric.

"iyelah. ayah, mak dan adik kau meninggal dunia 3 tahun lepas dan syarikat yang diterajui ayah kau pula dah bankrup. Aku nak tanya kau ni, siapa yang bangunkan balik syarikat tu seorang diri? kau kan? haaa hebatlah tu!" kata Thomas. dia berbangga dengan pencapaian dan kegigihan Eric yang berusaha menaikkan semula syarikat tinggalan ibu dan bapanya itu.

"so, kau bila nak balik aku dengar cerita kau nak buka cawangan dekat LA ni." tanya Eric.

"minggu depan aku balik lepas tu aku terus pindah LA. nak uruskan syarikat aku dekat sana pula. kenapa nak jumpa ke? ehehe rindu aku yaaa...." kata Eric. Thomas ketawa geli hati. ya dia memang rindukan sahabat dia tu.

"haah. nanti kalau kau dah sampai LA bagitahu aku, kita lepak sama sama. dah lama ni kita tak lepak sama sama." kata Thomas. Eric mengiyakan lalu dia meminta diri kerana ada kerja yang perlu diselesaikan. Thomas mematikan talian lalu dia memandang telefon bimbitnya. perasaannya keliru memilih antara sahabat ataupun cintanya yang telah lama terkubur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience