Chapter 5

Other Completed 9670

CHAPTER 5

“Jika makan dan minum diniatkan untuk menguatkan badan agar kuat ketika melaksanakan solat dan berpuasa, maka seperti inilah yang akan bernilai pahala. Sebagaimana pula apabila seseorang berniat dengan tidurnya di malam dan siang harinya agar kuat dalam beramal, maka tidur seperti ini bernilai ibadah.”

[Latho-if Al Ma’arif, 279-280]

“Piah?” ketukan di pintu biliknya Piah biarkan sepi. Sengaja mahu emak menyangka yang dia sedang tidur. Jam di dinding menunjukkan pukul 2 petang. Hai...pasti mereka menyangka dia anak dara pemalas. Tidur di siang hari. Tapi ini kan bulan puasa. Biasalah kalau hendak melelapkan mata sebentar di waktu-waktu begini.

“Takpe cik, mungkin Piah tidur kot,”kedengaran tenggelam timbul suara Abang Li dari luar. Piah mencemik. Buat baik konon! Menyampah!

Sementelah Abang Li sudah lama tidak pulang, dia mengambil peluang ini untuk melawat semua saudara yang dikenalinya di kampung ini. Itu apa yang Piah dengar dari perbualannya semasa dia baru sampai tadi. Ketika itu dia masih di kaki tangga. Bila Abang Li mula melangkah naik, terus Piah pecut masuk ke bilik.

“Tidur apanya. Tadi masa kamu baru sampai dia tengah baca buku dekat depan ni ha,” aduh! Piah tepuk dahi. Kenapa emak membocorkan rahsia? Potong karen betul lah emak ni!

Malas mahu memasang telinga, Piah sarung earphone ke telinga dan memasang bacaan tadarus Al-Quran di radio. Lebih baik mengumpul pahala dari menambahkan dosa memaki hamun Abang Li di dalam hati.

Piah berbaring di atas katil. Selang beberapa minit kemudian, sudah kedengaran bunyi dengkuran halus keluar dari mulut Piah. Sudah lena bertemankan bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran.

Malamnya semasa berbuka puasa, emak dan abahnya bercerita tentang Abang Li yang kini sedang mencari kerja. Alah, petik jari saja tu. Abang Li pulang lambat dari Aussie kerana dia bekerja di sana selama setahun lebih. Menimba pengalaman katanya.

Lulusan luar negara ditambah dengan pengalaman kerja, pastilah mudah untuk dia mencari sumber rezeki. Melainkan kalau dia terlampau demand gaji. Yang itu, silap-silap rezeki pun boleh lari. Kerana terlampau memilih!

Piah bergegas bangun meninggalkan dapur. Malas mahu mendengar pujian melangit untuk Abang Li. Haii...anak kebanggaan Kampung Bendang Pecah la katakan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience