Chapter 6

Other Completed 9670

CHAPTER 6

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur`an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”

[ Al-Qadar : 1-5 ]

Sepuluh malam terakhir di bulan penuh berkah ini sudah menjenguk. Malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Ini antara malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Malam Lailatulqadar.

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Malam ini, Ustaz yang dijemput memilih Lailatulqadar sebagai tajuk utamanya.

Piah masih setia menjalani tarawihnya di masjid di bandar walaupun dia tahu Abang Li juga bertarawih di situ. Pada Piah, lebih baik dia berpura-pura tidak mengendahkan Abang Li daripada ke surau di kampungnya yang penuh dengan orang-orang yang dikenalinya.

“Piah,” Piah tarik muka. Lagi sekali? Memanglah Abang Li ini tidak faham bahasa. Hampir setiap malam Abang Li akan memanggil Piah. Dan Piah, setiap kali itu jugalah pura pura tidak dengar dan terus berlalu pergi.

Tapi malam ini Piah rasakan dia mahu membalas panggilan Abang Li. Dia mahu melepaskan rasa meluatnya bila Abang Li tidak bosan mencuba. Jiwanya yang tenang sepanjang Ramadhan ini dirasakan tercemar dengan gangguan dari Abang Li. Apa lagi mahunya?

“Nak apa?”Abang Li tersentak bila Piah tiba-tiba berpusing menghadapnya.

“Aaa...,” panggilnya beria, tapi bila ditanya gagap pula.

“Ha, nak cakap apa? Cakap sekarang bagi habis, lepas tu jangan panggil-panggil lagi,”

"Kenapa kasar sangat Piah? Kita kan dah lama tak jumpa. Abang Li tengok, Piah asyik lari je bila nampak Abang Li. Kenapa?" Piah ketawa. Terasa lucu mendengar soalan Abang Li yang seperti tak masuk di akal.

"Dulu masa last kita jumpa, apa ya ayat terakhir untuk Piah?" Piah berhenti seketika. Pura-pura sedang berfikir. Abang Li sudah mula nampak hala tuju perbualan mereka.

"Piah...itu..,"

"Ha! 'Kau ada masalah dengan aku ke?'. Ingat tak?" tanya Piah selamba. Langsung tidak takut.

"Itu cerita lama. Kenapa nak ingat benda yang dah lapuk," Abang Li seperti mencurah minyak tanah ke atas bara api. Lapuk? Cerita lapuk?

"Cerita lapuk? Tau tak kesannya sampai ke sekarang?" Abang Li kelihatan terpinga sebentar. Sedikit lagi rasa kasihan Piah mahu tumpah untuknya. Tapi cepat-cepat dikuatkan pendirian. Untuk apa dia kasihan pada Abang Li? Piah patut kasihan pada dirinya sendiri! Bukan pada orang lain!

“Oh, Piah nak cakap apa yang Abang Li tengok sekarang ni semua salah Abang Li? Piah menjauh diri dari semua kawan-kawan kita dulu, semuanya salah Abang Li? Piah sendiri yang sensitif lebih, Piah nak salahkah Abang Li? Piah kan pandai bercakap? Kenapa Piah tak guna mulut Piah tu jadi perisai? Kenapa diam bila orang mengata?” Piah ketap gigi geram. Sahih lah Ramadhan bin Azri dan Sufiah binti Teh tidak ditakdirkan sekepala. Ada saja yang mereka cakapkan sesama sendiri yang boleh menyakitkan dan melukakan hati.

Piah terus mengunci mulut. Terus mengambil keputusan mahu memekakkan telinga dari sindiran Abang Li.

“Dah tak tahu menjawab sekarang?” makin galak Abang Li bertanya. Piah lepas nafas panjang. Penat dengan kata-kata orang. Biarlah apa yang mahu dikata. Yang penting, Piah tahu isi hatinya. Piah tahu di mana limit dirinya.

“Suka hati lah nak cakap apa. Mulut orang mana boleh control kan?” teus Piah melangkah menuju ke keretanya. Tidak mahu memanjangkan perbualan. Tapi langkah terhenti semula. Piah kembali berpusing menghadap Abang Li.

“Sementara ada kesempatan ni, Piah minta maaf kalau selama kita kenal ni ada apa-apa silap yang Piah buat. Kalau ada sengaja atau tak sengaja Piah tersakitkan hati atau apa-apa sajalah yang tak betul, minta maaf. Harap lepas ni tak ada hard feelings between us anymore,” habis berkata, Piah berjalan laju menuju ke kereta kancil milik Abah yang dipinjam sekadar untuk berulang alik ke bandar dalam cuti ini.

Tinggal Abang Li seorang terkulat-kulat cuba menghadam permohonan maaf Piah. Piah betul-betul sudah berubah. Sampai begini sekali kah Piah berubah? Hilang sudah lincah dan ceria Piah dahulu. Yang ada cuma kematangan yang tidak pernah disangka ada di dalam diri Piah. Tapi takkan 100 peratus berubah? Tiadakah secalit pun tingkah lamanya tinggal?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience