Chapter 9

Other Completed 9670

CHAPTER 9

“Semoga Allah menerima amal-amal kita, dan semoga Allah menjadikan kita termasuk dari orang-orang yang kembali dari perjuangan Ramadhan sebagai orang yang menang.”

Amin.

Bulan Ramadhan tahun ini sudah bertemu penghujungnya. Syahdu Piah rasakan ketika ahli surau mendayukan takbir raya di rumahnya malam itu. Tradisi di kampungnya dari dahulu lagi. Ahli-ahli surau akan mengunjungi rumah-rumah dan melaungkan Takbir Aidilfitri.

Sempat Piah menjenguk ke ruang hadapan rumahnya untuk melihat bilangan jemaah yang hadir. Untuk dihidangkan air minuman. Abang Li nampak kelibatnya yang menjenguk. Pantas satu kenyitan nakal dihadiahkan kepada Piah.

Berkerut muka Piah. Geli! Baru saja Ramadhan meletakkan titik noktah, Abang Li sudah tunjuk belang. Memang sah lah iblis sudah terlepas dari rantaian.

Habis para jemaah menjamu selera, Piah dikejutkan sekali lagi dengan Abang Li yang masuk ke dapur menghantar bekas-bekas minuman dalam dulang besi bulat.

“Eh, buat apa Li angkat. Nanti Piah buat tu. Tinggalkan aje,”terjuih mulut Piah mendengar kata-kata emaknya. Kalau Piah, minta maaflah. Mahu disuruhnya Abang Li angkat habis semua pinggan ketupat dan mangkuk rendang di depan ke dapur. Biarkan! Gedis sangat mahu menolong kan!

“Eh, takpe Cik Nah. Li nak jumpa Piah sekali. Nak minta nombor telefon Piah semula. Telefon Li semalam masuk air, terus rosak. Kena kumpul balik la nombor kawan-kawan semua,” mata Piah membuntang. Beraninya Abang Li menipu emaknya dengan alasan tidak masuk akalnya itu!

Selama ini pun, tidak pernah Piah memberi nombornya pada Abang Li. Pandai benar dia mereka cerita.

“Tangan dia basah tengah basuh pinggan tu. Ambik je telefon dia atas kabinet tu. Budak-budak sekarang...masuk ke dapur pun telefon melekat dekat tangan. Apalah nak jadi...,”

“Emak!!! Apa ni? Suka-suka hati je bagi telefon Piah kat orang,”Piah mula mahu merempan. Tapi Abang Li lebih cepat. Telefon Piah sudah berada di dalam tangannya. Baru waktu itu Piah sedar pentingnya membuat pattern lock. Untuk kes beginilah! Kes di mana ada orang gila cuba membuka telefonnya.

Sudahnya, Abang Li yang menang. Selepas telefonnya berbunyi di dalam kocek baju melayunya, baru dia meminta diri. Tinggal Piah terkulat-kulat merenung telefonnya yang diletakkan kembali ke atas kabinet dapur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience