Chapter 7

Other Completed 9670

?CHAPTER 7

Aisyah radhiallahu ‘anha berkata: “Jika kami mengalami haid, maka diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak diperintahkan mengqadha solat.”

[ Sahih Muslim ]

“Piah,”Piah menoleh memandang emaknya memanggil. Kepala emak terjengul dari tangga yang turun ke dapur.

“Li datang cari kamu. Dia tunggu dekat pangkin,” Piah mengeluh keras. Tubuhnya yang terbaring di atas sofa hadapan kaku tidak bergerak.

“Kamu dengar tak ni?”suara emak kembali bergema. Piah mendengus seorang. Apa lagi mahunya Abang Li? Ada urusan apa lagi yang belum selesai antara mereka?

Lambat-lambat Piah bangun dari perbaringannya. Kaki terasa seperti hilang rasa. Time of the month. Bila pagi tadi Aidil adiknya yang bongsu memerli Piah yang pastinya seronok kerana dikecualikan dari berpuasa, Piah ketuk kepala Aidil kuat dari belakang. Ambik kau!

Lelaki selalu menganggap pengecualian dari sembahyang dan puasa itu satu nikmat yang tak terkata. Mereka tidak tahu perasaan wanita yang menanggung. Bukan semua perempuan melalui waktu-waktu ini tanpa sebarang masalah. Piah tidak termasuk dalam golongan itu. Setiap bulan, Piah selalu mengerekot seorang dek senggugutnya. Kaki sehingga crammed. Tapi ada juga bulannya sakit Piah biasa saja. Tidak lah teruk sehingga terganggu tidurnya.

Tudung yang tadinya tersangkut di hujung sofa Piah sarung malas. Cukup syarat untuk menutup aurat. Selekeh atau tidak, itu belakang cerita. Tak teringin langsung mahu memikat hati Abang Li!

Langkah Piah seperti mengkarung saja lagaknya bila berjalan keluar. Sampai di hadapan rumah, Abang Li sudah siap memandang Piah dari pangkin. Piah menarik muka panjang. Biar Abang Li nampak yang kehadirannya memang tidak dialukan.

“Nak apa lagi ni?”terus Piah menerjah bila dia sudah berada dalam jarak yang suaranya boleh didengar Abang Li.

“Cuba banyakkan bersabar. Kenapa nak marah-marah? Takkanlah Abang Li nak ajak Piah bertumbuk tengah-tengah tempat terbuka macam ni?” jawapan Abang Li sedikit pun tidak membantu untuk menyurutkan rasa meluat di hati Piah. Bukannya Piah menuduh Abang Li mahu mengajaknya bergaduh. Cumanya, memang Piah sendiri tidak mahu berjumpa pun dengan Abang Li. Apatah lagi bersembang!

“Abang Li ada sembang sikit-sikit dengan Abang Im, Azhar, even Kak Jue pun Abang Li dah jumpa,” Piah dengar hendak tak hendak sahaja. Dengan siapa Abang Li mahu berjumpa bukan halnya. Dia tidak pun meminta dihantar laporan kepadanya tentang siapa yang Abang Li jumpa atau berbual.

“Abang dah tahu kenapa Piah tarik diri sampai macam ni sekali. So....,” panjang leretan ayat Abang Li. Piah memeluk tubuh memandang ke arah jalan besar. Matanya tertangkap kelibat Mak Lang Kiah dan Tok Su yang sedang memandng ke arah mereka dari seberang jalan. Aduh! Nanti pasti ada cerita yang akan tercanang ke seluruh kampung.

“Abang Li nak minta ma..,”

“Baliklah! Piah maafkan semua, Piah halalkan semua kalau ada apa-apa salah. Lepas ni jangan tegur-tegur Piah lagi. Piah tak suka!” sekali lagi Abang Li ditinggalkan terkebil-kebil di pangkin depan rumah orang tua Piah. Piah sudah laju berjalan masuk ke rumah.

“Eh, tunggulah dulu!” kaki Abang Li laju mengikut Piah sampai ke pintu depan rumah. Piah kembali berpusing memandang Abang Li.

“Nampak tak tu?” Piah tuding jari ke arah seberang jalan. Tepat ke rumah Mak Long Kiah. Abang Li menyorot pergerakan tangan Piah.

“Kampung ni kecil. Cerita cepat tersebar. So, tolonglah balik. Jangan cari Piah lagi. Kita tak ada apa-apa urusan lagi,” peluh merenik di dahi Piah. Menahan sakit bercampur panas di luar yang menghangatkan lagi perbualan mereka.

“Kenapa nak peduli apa orang cakap? Semua orang pun tahu kita semua ni dah berkawan dari sekolah lagi. Sebab Piah suka dengar cakap oranglah, Piah terpinggir macam ni. Tak ingat dekat kawan-kawan yang semua membesar sekali. Mengelak balik kampung. Piah yang rugi di hujung hari,”mata Piah mencerlung memandang Abang LI.

“Dah? Habis dah cakap?”tanya Piah.

“Janganlah marah. Ab..,”

“Cakap memanglah senang! Ada fikir apa orang kampung cakap lepas Abang Li pergi oversea? Memanglah pergi untuk belajar, tapi yang orang kampung ni ingat, mulut lepas Piah sebelum Abang Li pergi je. Diorang tak fikir lain dah. Piah malu tahu tak? Piah pekakkan telinga. Tapi sampai bila boleh tahan? Dengan Abang Im? Kak Jue? Diorang tunang lepas Piah cakap pasal perasaan Abang Li. Kalau Abang Li duduk tempat Piah, apa yang Abang Li rasa?”

“Then? Piah mengelak macam ni, ingat hubungan korang boleh baik dengan sendiri ke? Pergilah minta maaf. Berat sangat ke nak ucap kata maaf tu?!”

“Berat! Memang berat! Sebab punca Piah jadi macam ni semuanya sebab Abang Li!” aku sudah mula menjerit geram. Biarkan siapa pun yang mendengar. Abang Li sendiri yang datang mencari nahas.

“Apa kena mengena dengan Abang Li? Piah yang cakap tak berfikir. Suka cakap lepas sangat.” Mata Piah bergenang. Inilah! Inilah yang dikatakan oleh orang kampung pada Piah. Piah lepas laku. Piah lepas mulut. Buat apa tidak pernah berfikir kesannya di kemudian hari.

“Abang Li sama saja macam orang lain. Mengata Piah di belakang! Marahkan Piah!”

“Abang cakap benda yang betul. Tapi itu semua cerita dulu. Sekarang Piah dah berubah kan? Baguslah. Tapi hubungan sama-sama kita ni janganlah putuskan. Tak elok,” air mata yang Piah tahan menitik dari kedua belah matanya. Cepat-cepat Piah sapu. Tak rela dilihat lemah di hadapan Abang Li.

“Senang bercakap kan? Ingat tak 4 tahun lepas? Ingat tak masa Piah beritahu semua kawan-kawan kita pasal Abang Li sukakan Kak Jue?” diam Abang Li menandakan dia masih ingat peristiwa itu.

“Tahu tak kenapa Piah bocorkan rahsia Abang Li? Sebabnya......Piah dengar Abang Li mengutuk Piah dekat tandas lelaki,” wajah Abang Li berubah. Entahkan kerana rasa bersalah atau pun risau kerana percakapannya ketika itu didengari orang lain.

“Sebab tu Piah lepas je cakap masa tu. Jangan nak tuding jari pada Piah. Memang apa yang Piah buat tu salah. Tapi tak bermakna orang lain boleh jatuh hukum macam tu saja,” Abang Li diam seperti orang dungu melihat Piah yang bercakap dengan mata dan hidung yang merah. Mestilah! Sudah mati kata agaknya!

“Sebab tu Piah menyampah dengan Abang Li. Sebab tu Piah menjauh dari orang lain. Sebab Piah tahu tak ada orang yang suka mulut lepas Piah. Perangai Piah macam orang tak cukup akal kan? Nak buat apa berkawan dengan Piah ni? Biar Piah dengan hidup Piah. Piah happy macam ni. Abang Li ada masalah ke kalau Piah dah selesa hidup macam ni?” Abang Li sudah terdiam memandang Piah. Tidak sangka Piah akan melepas rasa sampai begitu sekali.

Patutlah Piah berubah sampai begini sekali. Terlampau berkecil hati mendengar ulahnya mengutuk Piah 4 tahun lepas.

Piah sudah kembali mahu masuk ke dalam bila tiba-tiba dia berhenti dan mengetuk-ngetuk kakinya di bahagian peha. Abang Li mampir.

“Kenapa?”kalut Abang Li bertanya. Dia ikut melihat apa yang tidak kena dengan Piah. Hilang terus sesi meluah perasaan tadi.

“Crammed,” jawab Piah perlahan. Tangannya cuba menolak kakinya ke hadapan sedikit. Berkerut dahinya mencuba.

“Having your period ya?” lancar sahaja tangan Piah mengambil selipar di atas rak kasut dan ditampar lengan Abang Li berkali-kali. Ambik kau! Bertanya perkara yang bukan-bukan sangat.

Abang Li ketawa kuat. Sedikit pun tidak terkesan dengan pukulan selipar Piah. Dia menarik kerusi plastik yang berada berdekatan dan diletakkan di belakang Piah.

“Duduk dulu. Stress sangat kot. Tu pasal crammed,” Nasihat Abang Li dibalas dengan jelingan maut dari Piah.

“Siapa yang buat Piah stress? Abang Li lah!” marah Piah kuat. Geram pula melihat sengihan Abang Li yang seolah-olah seronok melihat situasi Piah.

“Piah...Piah...,”Abang Li geleng kepala sambil tersenyum. Memang Piah sudah berubah. Lain daripada yang dikenal dahulu. Tapi bila ditekan tekan, keluar semula perangai lamanya yang keanak-anakan.

Selang beberapa minit kemudian, emak Piah keluar menghulur batu tungku pada Piah. Pasti dari tadi sudah menelinga mendengar perbalahan Piah dan Abang Li.

Muka Piah merah padam bila diberi batu tungku tersebut. Apa emak ni! Hatinya bebal. Lagi mahu mengesahkan cerita yang dia memang tidak berpuasa hari ini di hadapan Abang Li.

Akhirnya Abang Li mengundur diri bila dilihatnya Piah sedikitpun tidak bergerak mengambil batu tungku yang diletak di tepi kakinya. Malu agaknya.

“Sayang kan? 10 hari terakhir ni jugaklah bulan merah nak datang. Tak dapatlah nak kejar Lailatul Qadar,” kali ini bukan satu, tapi 3 selipar melayang terbang mengikut Abang Li yang sudah berlalu pergi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience