Chapter 8

Other Completed 9670

CHAPTER 8

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”

[ Riwayat at-Tirmidzi ]

“Senyum sikit,” bibir Piah senget ke tepi. Menyampah! Apa mahunya Abang Li datang lagi mencarinya? Memang tak faham bahasa!

Lain benar dari Abang Li yang dahulu dikenalinya. Sekarang dia lebih ceria dan ramah. Mungkin kerana dia sudah jauh merantau. Membuatkan dia lebih mudah didekati dan mesra.

Lain pula ceritanya dengan Piah. Dulu ceria bukan main. Lincah ke sana ke mari. Sekarang? Mulut tak akan terbuka jika keadaan tidak memaksa. Ramahnya pun dengan yang terpilih sahaja.

“Senyumlah Piah. Bukannya kena bayar pun. Kan elok bersedekah di bulan penuh rahmah macam ni,”

“Memanglah senyum tu sedekah! Tapi yang digalakkan bersedekah dalam bulan puasa ni bukan senyuman. Orang sedekah makanan pada fakir miskin. Bantu orang dalam kesusahan! Jangan nak putar belit fakta kat sini!” marah Piah langsung tidak memberi kesan. Abang Li masih setia di situ. Berdiri di tepi pangkin melihat Piah yang sedang menjahit tulang belut pada baju rayanya. Cerah siang membantunya lebih cepat menyiapkan tulang belutnya.

“Urgghhh!!!” Piah hentikan jahitannya. Diambil semua jarum peniti dan gunting berserta benang sebelum melangkah kembali masuk ke dalam rumah. Esok-esok sajalah disambung jahitannya. Rimas bila perlakuannya diperhatikan Abang Li.

Piah lihat leher baju rayanya yang sudah separuh siap. Raya lagi 3 hari. Bila lah mahu siap agaknya.

Dijeling sekilas Abang Li yang masih setia di pangkin pokok jambu. Ini semua sebab dia! Saban hari datang mengganggu Piah. Walau Piah lebih banyak diam membisu, Abang Li tidak pernah peduli. Tetap dia bereaksi seolah-olah dirinya dan Piah tidak pernah ada sengketa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience