Chapter 10

Other Completed 9670

CHAPTER 10

Maka disebabkan rahmat dari Allah, kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.

[ Al-Imran : 159 ]

Syawal pertama, Piah ke masjid di bandar untuk solat sunat Aidilfitri. Paginya, Abah marah pada Piah. Meluahkan rasa tidak puas hatinya bila Piah bersikap begitu. Padanya, Piah sedang tunjuk perangai. Sengaja menunjukkan besar kepalanya dengan mengelak dari orang kampung dan memencilkan diri.

Piah diam pada mulanya. Selepas Abah habis melepas rasa, Piah hampir dan menarik tangan Abahnya lalu dicium tangan yang sudah mula dimamah usia itu.

“Abah jangan marah. Piah minta maaf kalau Piah ada buat salah atau buat abah terasa hati. Piah cuba berubah lepas ni. Tapi hari ni Piah nak sembahyang raya dekat masjid juga. Sebab Piah nak jumpa dengan jemaah-jemaah yang selalu tarawih dengan Piah. Abah bagi ya? Piah tak sedap hati nak pergi kalau Abah marah-marah macam ni,”lembut Piah cuba memujuk. Emak yang tadinya menjenguk dari bilik ketika terdengar suara tinggi suaminya berundur masuk kembali. Membiarkan dua beranak itu menyelesaikan sendiri masalah mereka.

“Dah tahu Abah marah, kenapa nak buat juga? Degil budak ni!” rungutan tuanya membuahkan senyum di bibir Piah. Tahu marahnya sudah surut.

“Abah bagi ya?” tanya Piah lagi. Tidak mahu memanjangkan perbalahan mereka. Jam sudah menginjak ke pukul 8. Kemenangan akhirnya berpihak kepada Piah bila Abah angguk perlahan walau mukanya tetap masam.

Sebelum berpergian, Piah meminta maaf kepada emak dan abahnya dahulu. Kerana selepas solat sunat aidilfitri, dia akan terus pergi beraya ke rumah kawannya di bandar juga beberapa jemputan dari jemaah-jemaah di masjid yang dikenalinya semasa bertarawih.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience