Chapter 1

Other Completed 9670

CHAPTER 1

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa”

[ Al-Baqarah: 183 ]

Ramadhan tiba…Ramadhan tiba…Marhaban Ya Ramadhan..Marha…

Piah tekan kuat butang ON/OFF di atas radio tua yang sedang terbuka. Geram mendengar lagu yang dinyanyikan Opick. Bukannya dia tidak sukakan Ramadhan. Malah, dia memang menunggu ketibaan bulan penuh berkah ini.

Setiap kali Ramadhan tiba, Piah rasakan langkahnya ringan dan ibadahnya seperti tiada sekatan. Ketenangan yang tidak ditemui dihari-hari yang lain, boleh dicari di bulan ini. Pendek katanya, jika dicari bulan yang penuh cas cas positif dan semua urusan terasa lancar, Ramadhanlah jawapannya.

Punggungnya kembali dilabuhkan di meja kayu lama yang masih digunakan sehingga sekarang sebagai tempat menelaah. Renungannya jauh terbang ke luar jendela. Matahari sudah mula turun. Menandakan waktu berbuka sudah semakin hampir.

Ramadhan..Ramadhan...ingatan Piah singgah pada Abang Li bila tiba bulan Ramadhan.

Abang Li yang sudah jauh terbang ke luar negara 4 tahun lamanya. Abang Li yang meninggalkan mereka semua dengan penuh persoalan dan perbalahan.

Perbalahan? Bibir Piah terjuih. Bukannya bergaduh sampai bertumbuk. Cuma sakatan kecil sahaja. Takkan begitu pun mahu terasa? Kecil benar hati Abang Li. Mudah terasa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience