Chapter 13

Other Completed 9670

CHAPTER 13

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

[ Al-Baqarah: 216 ]

Dua hari selepas habis puasa enam, baru Piah mula mahu yakin dengan jawapan hatinya. Setelah membuka hati dan menyelusuri sejarahnya bersama Abang Li, entah kenapa Piah rasakan tenang. Seperti sudah ditemui jawapan dari istikharahnya.

Abang Li tiada cacat celanya pada mata Piah. Walau mungkin dahulu dia dan Abang Li punya ketidaksefahaman, tidak bermakna Piah harus membutakan mata dengan apa yang baik dan tidak baik.

Bila diingatkan, rasa hendak ketawa pun ada. Tibanya Ramadhan yang penuh berkah membawa Ramadhan b. Azri bersama. Kebetulannya sudah ada di situ. Adakah ini memang suratan-Nya?

Jodoh itu rahsia Allah. Dan jika sudah tertulis Abang Li itu adalah pemimpinnya ke jalan Allah, siapalah Piah untuk menyangkal takdir. Allah lebih mengetahui.

Dan dalam keheningan malam selepas usai solat sunat istikharah dan tahajud, Piah ulang jawapannya berkali-kali di dalam hati. Mengukuhkan rasa yakinnya.

‘Aku terima Ramadhan.’

~ END 1607 ~

Note for readers :

Untuk cerita ini, saya selitkan beberapa hadis dan dalil. Maaf jika ada beberapa hadis yang mungkin tidak jelas sanadnya. Harap pembaca gunakan yang baik-baik sahaja dan maafkan kekurangan yang ada.

Hi again guys! For those who read my work for the 1st tym, thank you. And those who read all my work, I really really really appreciate it. Thanks for your support.

( ^_^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience