Chapter 12

Other Completed 9670

CHAPTER 12

Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah

[ Adz-Dzariyat : 49 ]

“Memang Abang Li suka kat Piah. Ramadhan bin Azri sukakan Sufiah binti Teh. Susah sangat ke nak hadam hakikat tu?”malamnya aku menelefon Abang Li. Nasib baik nombornya masih terlekat di dalam rekod panggilan.

“Memang sudah lah nak hadam! Tak pernah ada apa-apa pun,tup tup nak masuk meminang Piah. Abang Li sebenarnya nak apa ni?” terdengar bunyi keluhan Abang Li. Penat agaknya mahu menerangkan hasrat hatinya pada Piah.

“Dah tu, Piah ingat sebab apa Abang Li selalu pergi cari Piah. Dah kena marah kaw kaw pun, still Abang Li pergi cari Piah. Piah rasa sebab apa?”Piah terdiam. Macam ada logiknya juga di situ.

“Kenapa tiba-tiba?”Piah bertanya lagi.

“Tak tiba-tiba pun Piah. Masa Piah lepaskan marah Piah dekat pangkin hari tu, Abang Li baru sedar yang kita ni mangsa keadaan. 4 tahun lepas tu, Abang Li mengaku memang mulut Abang Li lepas. Tak ada niat pun sebenarnya nak mengutuk atau memalukan Piah,”

“Kalau tak ada niat, then itu apa? Memuji?” Piah sempat menyindir. Abang Li ketawa. Okay...Piah yang ini masih ada sikap kebudak-budakannya.

“Masa tu, Abang Li baru tahu yang Im dengan Jue dah lama berkawan diam-diam,” Piah terdiam. Dia faham yang itu. Kerana dia sendiri merasa sedih saat tahu tentang perkara itu.

“Oh,”itu saja yang mampu Piah suarakan.

“Yeah..Oh, right? I’m kind of stupid masa tu. Lepas geram tak fikir perasaan orang lain dah. Buat keputusan out of blue tu pun sebab terkejut sangat Jue dengan Im ada something masa tu,” Abang Li merujuk pada keputusannya mahu menerima tawaran ke luar negara itu. Piah mengangguk faham berseorangan di dalam bilik tidurnya.

“Masa tu kita sama kan? Sebab terasa dan marah, cakap lepas je tanpa fikir perasaan orang lain. Very immature,” sekali lagi aku angguk seorang. Mengiyakan apa yang Abang Li katakan.

“So...apa kena mengena dengan nak pinang Piah? Macam tak ada kaitan je cerita lama tu dengan masalah sekarang,” Piah memulang paku buah keras. Lain yang dicari, lain pula yang ketemu.

“Oh, that one....Abang Li ikhlas sukakan Piah. Dari first time jumpa Piah kat masjid. Kuch Kuch Hota Hai. Things happened. Just like that,” Abang Li sudah pandai berhindustan. Piah mengutuk dalam hati. Apa Kuch Kuch Hota Hai? Kuch Kuch Hotak Hang ada la!

“Abang Li tak paksa Piah pun. Kalau tak terima pun tak apa. Tapi Abang Li mintak Piah fikir dulu. Abang Li yakin dengan niat Abang Li. Dan kalau betul ada jodoh kita berdua, InsyaAllah, Piah pun akan nampak jalannya,” Piah terdiam. Terasa menusuk masuk ke dalam tulang hitam dengan ucapan Abang Li.

“Bagi Piah masa?”

“Sampai habis puasa enam?” Abang Li cuba menebak waktu untuk dia menerima jawapan lamarannya.

“InsyaAllah...”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience