BAB 12

Romance Completed 12433

Hari itu, semua ahli keluargaku sibuk untuk menyediakan jamuan sempena menyambut kedatangan tetamu yang cukup mendebarkan hatiku. Mengikut perancangan, mereka akan datangs lepas maghrib.

Sebaik masuk waktu maghrib, semua ahli keluargaku berjemaah di rumah. Ayah yang jadi imam dan along yang jadi bilal. Cuma aku je yang terkecuali sebab uzur. Jadi kenalah aku tengok-tengokkan Rora, anak saudaraku yang baru berumur 8 bulan.

Makin menggila-gila raasanya gejolak di dalam jiwa. Tapi bila memikirkan yang semua ahli keluarga menyebelahiku, aku rasa bersemangat. Aku begitu gembira bila berpeluang untuk berkumpul dengan seluruh ahli keluargaku ini. Aku sangat bangga mempunyai keluarga yang sebahagia dan bermuafakat seperti ini. Aku berdoa agar suatu hari nanti aku akan dianugerahkan keluarga sebegini bila saat aku membina kehidupan berkeluarga kelak.

Sewaktu, azan Isyak berkumandang dari Masjid Rawang kedengaran ada orang memberi salam di luar rumah. Aku bangkit bergegas ke bilikku. Tiba-tiba panik dan kalut jadinya. Aku sudah tidak dapat mendengar apa yang mereka katakan di ruang tamu. Cuma sesekali terdengar hilaian ketawa daripada mereka dan tak lama kemudian aku terdengar alunan takbir.

Aku terpempan seketika, sungguh aku merasa bagai pernah mendengar suara itu apatah lagi disaat dia memulakan bacaan surah Al-Fatihah.

Ya Allah! Siapakah gerangan lelaki ini? Hatiku semakin kuat tertanya-tanya siapakah sebenarnya empunya suara. Seperti suatu suara yang selalu kudengar dan sering saja membayangiku. Seperti suara yang sering menasihatiku dan memanggilku ustazah.

Ya Allah! Seandainya dia adalah utusan dan ketentuanMu buatku, maka Engkau permudahkanlah dan bukakanlah hatiku ini untuk menerimanya dengan ikhlas kerana Mu.

Jika ia ditakdirkan bukan milikku, maka jauhkanlah hatiku darinya. Hilangkanlah bayangan wajahnya dari tatapan dan pandanganku agar hatiku bisa kuat menerimanya. Ya Allah! Sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuanMu buatku. Amin.

Ketukan pintu bilikku mengejutkan aku. Ibu masuk dan duduk di sebelahku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience