BAB 5

Romance Completed 12433

“Eh Hello, Saya bukan ustazah, awak jangan nak memandai. Siapa awak ni?! Tolong perkenalkan diri!” Geram rasanya apabila ada orang cuba untuk mempermainkan aku.

“Tak apalah ustazah Zulaikha. Nanti lain kali saya telefon lagi. Assalamualaikum.! “Talian dimatikan begitu sahaja tanpa sempat aku berbuat sesuatu.

“Eh mangkuk hayun mana pulak ni nak buat prank call?” Keluh hatiku. Geram. Ada orang cuba untuk mempermainkan aku dengan panggilan ustazah tu. Pada hal aku tak layak langsung untuk memakai gelaranku. Dari segi pakaian ku yang lebih ku suka mengenakan seluar panjang atau jeans dipadankan dengan t-shirt lengan panjang dan skaf saja. Takkan itu pun aku dilabel ustazah? Ni sah-sah ada orang dok menyakat aku ni.

Beberapa hari kemudian, suara itu menelefonku lagi. Dari apa yang ku peraasan, aku merasa bagai semua gerak-geriku dia tahu. Naik jenuh aku tanya siapa empunya suara, namun banyak betul songehnya yang buat aku tak dapat meneka. Bukan takat tu, soal peribadiku cuba diterjah malah kehidupan seharianku ciba diinvasinya.

“Saya nak tahu siapa awak yang nak cuba campuri urusan peribadi saya hah?” Darahku menyirap kerana aku mula hilang sabar bila dah semakin melampau langkahnya itu. Namun dia masih mampu untuk bertenang dengan sikapku yang mula menyinga itu.

“Ya benar, saya tahu yang saya bukan siapa-siapa. Saya bukan abang apatah lagi suami ustazah. Tapi tak salah bukan kalau saya sebagai seorang sahabat cuba untuk menasihati dan memberikan pendapat?” eh dia boleh pulak jawab dengan tenang macam tu?

Boleh tak awak berhenti panggi saya dengan gelaran tu?”” Saya dah naik fade up dengan awak ni tau!” bentakku.

“Saya sama sekali tidak pernah memaksa ustazah mengikut segala nasihat saya kerana pilihan ada di tangan Ustazah. Saya tidak punya hak walau sekelumit pun.” Eh dia ni mmemang tak makan saman. Dia masih memanggilku dengan panggilan Ustazah? Mana telinga dia ni? Aku dah tahap jerit dia masih lagi selamba kenakan aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience