BAB 1

Romance Completed 12433

Sejak aku menggalas tugas sebagai seorang guru, aku cukup risau sekiranya terdengar sok sek juga rumor yang berkeliaran senyap namun bila-bila masa meletuskan kontroversi. Mana taknya, tugas yang ku galas ini haya sekadar guru sandaran seleaps berbukan lamanya aku menanam jagung virtual di rumah meskipun memegang segulung ijazah.

Itupun mujur aku patuh pada suruhan ibu dan ayah yang selalu kritik aku ini generasi yang suka memilih kerja. Sudahnya, daripada naik bengkak telinga aku, jenuh mendengar leteran aku pun membuat permohonan menjadi guru sadaran. Mujur aku ada kawan yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah, dialah yang banyak membantu aku dalam menyelamatkan diri dari kemuelut leteran dan rungutan ibu dan ayah, ini sajalah cara untuk aku hentikan semua itu.

Aku sendiri tahu yang diri aku ni tak layak langsung untuk menjadi pendidik. Tapi apakan daya, demi sesuap nasi aku ketepikan hakikat itu. Borang permohonan aku isi ala kadar aje, tidak mengharapkan sangat. Tapi bila dah rezeki itu telah ditentukan milik kita, dan ia memang benar akan menjadi milik kita tanpa kita sangka sekalipun.

Aku menerima surat jawapan dengan perasaan bercampur baur, aku takut sebenarnya kalau-kalau aku tak mampu menjalankan tugas dan amanah itu. Namun bagi ayah dan ibu, mereka menerima itu sebagai satu perkhabaran yang baik dan yakin aku mampu melakukannya.

Selain soal karier aku yang asal boleh sahaja ku kerjakan nanti. Aku juga menerima khabar angin yang ada orang nak datang meminang. Aku diserang panik jadinya. Gila? Aku tak ada terfikir langsung nak jadi bini orang, nak kerja pun masih tercongak-congak, inikan pula nak hidup berdua dengan siapa entah.

Justeri aku berharap tawaran guru ini akan membantu menyelamatkan aku yang dalam keadaan genting dan kritikal ini. Sekurang-kurangnya aku ada alasan untuk menolak pinangan sesiapa sahaja dengan mengatakan bahawa aku ingin menumpukan perhatian pada karier. Aku tak risau sangat sebenarnya, sebab aku tahu ibu dan ayah, sungguhpun mereka agak konservatif, namun mereka tak akan pernah memaksa aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience