BAB 2

Romance Completed 12433

Bila Ika nak lapor diri? Soal ayah sewaktu kami sedang makan malam. Makan malam bersama-sama merupakan perkara penting dalam keluargaku. Sebab itu adalah momen untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, menurut ayah

“Minggu depan ayah. Ika telah diarahkan untuk melaporkan diri SMK Jeli, Kelantan.” Itulah sebuah negeri yang tidak pernah kujejaki sepanjang hidupku hingga kini dan dari rezeki ini jugalah aku bakal mencemar duli memijakkan kaki ku ke bumi Kelantan.

Ika nak ayah hantarkan ke? Memang aku dah jangka ayah akan menawarkan pertolongannya itu. Ayah tidak pernah membiarkan aku kesusahan keseorangan tanpa bantuannya sampailah aku dah besar panjang dan keluar universiti begini. Ayah seorang yang cukup penyayang pada kami anak-anaknya. Dia selalu memanjakan kami dalam lingkungan batas-batas tertentu.

Tak perlulah Ayah. Ika pergi naik bas je dengan kawan. Kawan Ika pun kena mengajar kat situ juga. Jelas ku. Aku tak nak menyusahkan ayah. Jauh juga perjalanan dari Rawang ni ke sana. Kata orang, dalam tujuh atau lapan jam juga. Aku dah banyak menyusahkan ayah. Sekarang aku mahu berdikari sendiri dan aku mahu tunjuk dan buktikan pada ayah yang anak gadisnya ini mampu untuk melakukan sesuatu dengan usaha sendiri.

“Kamu jaga diri elok-elok kat tempat orang tu Zulaikha. Nanti jangan lupa selalu hubungi ibu dan ayah kat sini.” Pesan ibu sewaktu aku nak bertolak ke Kelantan. Keluarga menghantar aku ke Hentian Putra.

“Kak Jangan lupa bawa balik abang ipar orang Kelantan tau! Usik adik lelakiku.” Adik aku seorang ni suka sangat menyakat aku.

“Satu yang paling penting ayah nak pesan, kamu Jaga perangai elok-elok. Tunjukkan budi pekerti yang mulia, barulah semua orang sayang pada kita walau di mana sahaja kita berada. “Itulah pesan terakhir ayah sebelum kakiku melangkah masuk ke perut bas.

Aku cium tangan ayah dan ibu lalu ku peluk ibu memohan doa dan restu dari mereka. Tanpa restu dan berkat dari mereka mana mungkin aku dapat jadikan bekalan untuk menghadapi segala dugaan dan keskaran di hari mendatang kelak, Aku perlukan ia sebagai kekuatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience