BAB 7

Romance Completed 12433

‘Arh kau ni Kartini kalau tak sakat dalam sehari tak senang bontot agaknya.” Jawabku membuatkan mak cik Timah dan Kartini ketawa kecil mendengar jawapanku.

Malam itu kami semua berjemaah di masjid. Kata mak cik Timah, malam ni ada ustaz jemputan yang akan memberikan ceramah tentang Maulidur Rasul. Disebabkan kalut berperang di dapur tadi sudahnya kami terlewat ke masjid dan terpaksa berada di saf belakang. Boleh tahan ramai kaum wanita hadir ke masjid mala mini.

Aku bertakbir ratul ihram pun sewaktu imam dah mula membacakan surah aku serta merta tercengang saat mendengar suara imam membacakan fatihah. Aku macam pernh mendengar suara itu tapi entah di mana? Aku bertakbir menjadi makmumnya. Dek kerana dibuai asyik mendengar bacaan imama ku rasakan bahawa solat maghribku malam itu terlalu pendek dan cepat dan rasa macam tak puas.

Aku tidak dapat memberikan sepenuh perhatian pada cerama yang disampaikan kerana suara itu sedari tadi sudah mengganggu tumpuanku.

“Assalammualaikim, Ustazah senang hati saya ustazah memakai baju kurung pemberian saya. Ustazah nampak ayu dan sopan. Jangan pedulikan tentang apa yang orang cakap selain daripada apa yang Allah kata.” Aku menerima mesej ini lewat sms pada telefon bimbitku. Aku sudah tahu siapa pengirimnya. Hari itu tiba-tiba saja aku terlintas untuk memakai baju kurung yang dihadiahkan pemanggil misteri itu sewaktu aku menghadiri kuliyah. Tapi aku hanya mengenakan skaf biasa. Memang sedikit kekok nak menggayakan baju kurung, teman-teman juga bertanya apa mimpi aku pakai baju kurung tapi aku tak peduli.

“Saya harap ustazah Zulaikha pakai bukan disebabkan saya, tapi hati yang ikhlas kerana Allah.” Ujar pengirim itu lagi.

“Hello, Awak ingat awak tu siapa? Saya pakai tu kerana saya nak pakailah, tak ada kaitan dan tak ada niat nak gembirakan hati awak pulak.” Tegasku.

“Alhamdulillah itu yang sebaiknya. Saya harap ustazah akan terus begini sampai bila-bila.” Demikianlah pesanan daripada lelaki misteri dan itu adalah suara terakhir yang ku dengar darinya. Cuma sesekali aku akan menerima bungkusan dan surat yang tidak tercatat langsung nama pengirim,jadi aku tahu itu adalah daripada si lelaki misteri. Aku rasa dia ada di sekelilingku kerama dia tahu saja apa aktiviti seharian dan di mana aku berada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience