BAB 3

Romance Completed 12433

“Siapa nak jemput kita nanti?” soalku pada Kartini, rakan seperjuanga yang turut senasib denganku bertugas di kawasan pedalaman.

“Kau toksah risau, aku dah seteklkan. Nanti pak cik aku akan jemput kita di sana,” mujur bapa saudara Kartini kebetulan bertugas di sana, jika tak pasti kami terkontang-kanting.

Bas yang kami naiki tiba di stesyen bas Kota Bharu sewaktu azan subuh berkumandang dari menara Masjid Muhammadi, sebuah masjid yang tertua di negeri itu. Kedatangan ku ini disambut dengan laungan kalimah suci membesarkan Tuhan.

Semoga ia menjadi suatu petanda yang baik buat ku. Bisik hati kecilku. Bandar ini sudah mula bangkit dari lena manusia. Orang ramai yang baru tiba, berduyun-duyun menuju ke masjid yang berdekatan.

“Jom, pak long aku dah tunggu tu!” Ajakan Kartini itu membuatkan bicara hatiku terputus di tengah jalan.

Buat sementara waktu ni, Kartini dan Zulaikha tinggal kat rumah pak long dulu. Lagi pun bukanlah jauh sangat sekolah tu dengan rumah pak long. Pengkhabaran beginilah yang agak memberatkan hatiku. Selagi boleh, aku tak nak menyusahkan sesiapa.

Aku lebih senang mempunyai rumah sendiri dari menumpang rumah orang lain. Apatah lagi tuan rumah yang kita tumpangi itu tidak mempunyai apa-apa pertalian pun dengan kita. Tapi apa boleh buat, terpaksalah aku bersabar buat seketika ini.

Di Kelantan, sekolahnya bermula pada hari Ahad. Cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu. Hari ni baru hari Jumaat, jadi lusa baru aku akan melaporkan diri di sekolah agama tu nanti.

Aku pun masih terfikir-fikir tentang subjek apa yang akan ku ajar nanti. Risau juga aku takut-takut nanti subjek yang terlalu sukar untuk aku. Lagi pun aku manalah ada pengalaman menjadi guru ni. Ni boleh dikira bidang terjunlah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience