BAB 11

Romance Completed 12433

Sejak mendengar tentang perihal yang disampaikan ibu, aku menjadi semakin berdebar menantikan cuti Hari Malaysia yang hanya tinggal seminggu lagi. Aku jadi tak keruan dan sering memilih untuk bersendiri. Aku sudah jarang bercakap dan perubahan ku itu disedari oleh Kartini yang sedikit risau dengan keadaanku.

“Rileklah Ika. Apa nak dirisaukan, kan ibu engkau dah beri jaminan bahawa dia tidak memaksa. Jadi pilihan ada di tangan engkau sendiri Zulaikha.” Nasihat Kartini.

Aku cuma terdiam sajaha tidak menjawab kata-kata Karitni. Ya aku tahu aku boleh buat keputusan sendiri, Tapi apa yang aku risaukan adalah mematahkan harapan mereka terhadapku. Itu yang ku risaukan.

Dan sejak hari itu juga aku memohon petunjuk Allah dalam menentukan dan memberikan kekuatan kepadaku.

Ya Allah, sekiranya Engkau telah menentukan jodohku, maka aku harap Engkau mengurniakan aku seorang suami yang soleh. Mampu membimbing aku dan bakal zuriat yang akan lahir dari rahimku ini.

Kepulanganku ke rumah di Rawang disambut gembira oleh seisi keluarga. Semuanya berkumpul bersempena cuti Hati Malaysia. Paling penting, mereka ingin tahu siapakah gerangan yang mahu merisik aku. Paling mengejutkan, semua adik beradik ku balik, angkut semua anak bini, suami mereka. Dah macam serupa acara keramaian pula jadinya.

“Tak lama lagi, Pijul dapat abang iparlah. Ibu kan! Itu suara adik bongsuku Hafizul yang senang kami panggil Pijul.

“Kamu ni Pijul. Kalau tak usik Ika mesti tak sah kan?”Ibu cuba membelaku. Aku hanya melayan perasaan. Perasaanku berbelah bagi. Entah apa keputusan yang akan kuberikan kepada ayah dan ibu nanti.

Ibu tak memaksa Ika untuk menerimanya. Ika yang akan menentukannya sendiri. Ibu mengulangi jaminannya padaku sewaktu dia melihatku bermuram durja di dalam bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience