BAB 10

Romance Completed 12433

“Itu sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang sahabat.”

“Tapi bila agaknya saya dapat bertemu atau berkenalan dengana awak,” tanyaku kepadanya yang sudah memang tak sabar untuk tahu siapa gerangan lelaki misteri ini. Sudah terlalu lama dia bermain teka teki denganku.

“InsyaAllah, bila tiba masanya nanti awak akan tahu juga siapa saya,” itu sahajalah jawapan yang kerap kali diberikannya kepadaku setiap kali ku soal.

‘Lama awak tak call saya, mana menghilang?” Tanyaku.

“Saya keluar negeri, sambung pengajian. “ Tak hariranlah aku menerima bungkusan daripadanya yang bersetem negara Kanada.

Sudah lama tidak ku dengar suara itu, kira-kira hampir dua tahun lebih dia tidak menelefonku. Hanya surat yang menjadi pengganti diri. Itupun suratnya untuk aku sahaja. Aku pula tidak pernah mengirimkan sepucuk surat pun kepadanya kerana aku tidak tahu kepada siapa patut aku tujukan dan alamatnya pun entah di mana. Dia tidak pernah memberikannya kepadaku membuatkan aku merasa bersalah kerana asyik menerima sesuatu daripadanya.

Malam itu aku menerima panggilan daripada ibu. Dia tanya sama ada aku balik atau tidak pada cuti Hari Malaysia nanti. Aku katakan pada ibu memang ada dalam perancangan cuma tak pasti lagi.

“Kenapa ibu?” tanyaku lagi.

“Ni ha Ika, yang sebenarnya ada orang nak datang merisik Ika.” Berderau darahku mendengar kata-kata daripada Ibu.

“Ika masih belum bersedia lagi untuk berumah tangga bu.” Tegasku. Aku masih mahu bebas dari ikatan itu.

“Ibu bukannya nak paksa Ika, tapi seeloknya kamu baliklah dulu. Kita tengok dulu selebihnya segala keputusan di tangan Ika. Ibu dan ayah terima saja.” Pujuk ibu sekaligus meniup sedikit kekuatan kepadaku. AKu bukanlah orang yang suka dipaksa apatah lagi kalau berbicara soal pasangan hidup. Biarlah aku sendiri yang menentukan dengan siapa aku nak habiskan sisa hidupku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience