BAB 13

Romance Completed 12433

“Zulaikha, marilah keluar! Mereka mahu kenal Ika. Bisik ibu perlahan.” Aku merenung ibu dengan pandangan yang berkaca-kaca. Ibu mengangguk lembut, terseyum memandangku sambil jari telunjuknya mengesat air mataku yang mengalir perlahan.

Sudahlah. Ibu ada bersama Ika. Usah takut. Pujuk ibu lagi. Aku bangun perlaha, langkahku lesu. Aku memakai jubah yang baru siap aku tempah dan tudung labuh bewarna krim. Inilah kali pertama aku mengenakan jubah. Aku mengesat airmata yang bercucuran di pipi dengan tisu.

Ku kalih pandangan kepada ibu. Ibu mengangguk dan memimpin tanganku keluar untuk menemui tetamu yang mungkin istimewa. Aku menundukkan mukaku. Tidak punya kekuatan untuk melihat mereka.

Ibu memimpin aku ke bahagian tengah ruang solat tadi, di situlah mereka semua menantikan aku. Aku duduk diapit ibu dan kedua orang kakakku manakala tetamu itu duduk berhadapan denganku.Aku sama sekali tidak berani mendongak wajahku melihat mereka.

“Pak cik, Izinkan saya untuk bercakap dengan Zulaikha sebentar..” Tetamu itu memohon izin dari ayah, dan ayah terus sahaja memberi keizinan.

“Tetamu itu kemudiannya duduk bersila di hadapanku.” Degup jantungku semakin kencang tatkala pada jarak itu aku dapat mendengar bunyi nafassnya dan dapat menghidu bau minya wangi yang dipakainya. Aku berdoa di dalam hati agar diberi kekuatan dan tidak ada sebarang perkara yang terjadi dapat mengaibkan aku.

“Ustazah Zulaikha, seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, andai ini dinamakan takdir, maka saya rasakan sudah tiba masanya ustazah mengenali saya.” AKu terkejut. Apakah benar suara itu yang aku dengar. Aku belum mampu untuk memandang wajahnya. Tapi suara itu membuatkan hatiku cukup berdebar namun dalam masa yang sama bagai ada rasa kelegaan di dalam hatiku.

“Dulu benar saya ini bukan sesiapa, bukan abang atau juga kawan rapat yang seringkali mengkritik dan membuat ustazah marah, namun kali ini saya datang untuk menjadikan Ustazah suri hidup saya,” ujarnya sekaligus menyakinkan aku bahawa suara ini adalah pemilik kepada lelaki misteri yang sering mengganggu ku.

“Sudikah ustazah membuka pintu hati ustazah dan menerima kasih sayang saya ini yang sudah lama tersemat pada ustazah kerana Allah.” Tanyanya perlahan.

Perlahan-lahan aku mendongak mukaku dan seraya itu pandangan kami saling tertancap.

Fairuz ! Bisikku perlahan. Dia tersenyum memandangku. Air mataku mula mengalir. Ya Allah! Benarlah janjimu terhadapku. Aku menerima kurniaanmu ini dengan penuh redhaku.

Aku menoleh memandang ibu, dan ku lihat ibu melihatku dengan pandangan sayu dan penuh kasih sayang. Aku menguntumkan senyuman lalu berjalan ke arah ibu.

“Ibu, rasanya Ika sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri ibu,” ucapku perlahan seraya mendakap erat ibuku, ibu tersenyum dan memelukkku tanda dia akur dan gembira dengan keputusanku yang telah ku buat.

Alhamdulillah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience