BAB 9

Romance Completed 12433

Semenjak aku menjawat jawatan guru sandaran ni, jadual harianku telah berubah 360 darjah. Banyak perkara yang perlu aku lakukan sebagai persediaan untuk mengajar.

Terkejar-kejar aku ajdinya. Paling aku tak sangka bila aku terpaksa mengajar subjek Tasawur Islam untuk tingkatan 4 dan Pendidikan Islam untuk tingkatan 3 selepas diarahkan oleh pentadbir sekolah. Pada mulanya aku minta agar diganti mengajar mata pelajaran lain, tapi tidak ada pilihan kerana hampir semua subjek sudah ada cikgu yang mengambilnya. Nak tak nak terpaksalah aku menerima panggilan ustazah.

Dalam pada masa yang sama aku banyak melakukan perubahan terhadap penampilan dan peribadiku agar ia benar-benar sesuai k dengan panggilan itu. Aku sudah tidak lagi ‘sebrutal’ dahulu. Penampilanku pun sudah berubah. Seluar, jeans dan t-shirt hanya dikenakan di rumah tatkala bersama ahli keluarga sahaja.

Kini aku akan memakai baju kurung manakala scarf sudah ku ganti dengan tudung. Ku akui pada mulanya aku agak rimas berpakaian begitu, namun keadaan yang telah memaksa aku untuk berbuat demikian. Aku benar-benar berubah. Aku bukan lagi seperti Zulaikha yang dikenali sewaktu di kampus dulu. Oleh itu ramai teman-teman rapatku yang agak terkejut dengan perubahanku ini. Tidak kurang pula yang bersyukur pada Tuhan kerana telah membukakan pintu hidayahnya kepadaku.

Aku juga telah memaklumkan pada keluargaku, mereka tidak membantah. Malah mereka juga turut bersyukur. Cuma mereka harap aku melakukannnya atas dasar kesedaran dan keikhlasan serta istiqamah kerana Tuhan. Bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam yang dingin bila sesaat dua ditiup angin. Si lelaki misteri adalah antara orang yang paling gembira dengan perubahan penampilan ku. Berkali-kali dipujinya.

“Syukur dan syabas saya ucapkan kerana ustazah Zulaikhan telah berubah. Semakin manis dan cantik dipandang.” Ucapnya melalui telefon setelah sekian lama dia tidak menghubungiku melalui telefon.

“Terima kasih kepada awak kerana telah banyak mengubah peribadi saya. Buku-buku bacaan yang awak hadiahkan juga sedikit sebanyak membantu saya”Ucapku ikhlas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience