BAB 8

Romance Completed 12433

Bahkan sebelum aku bertolak ke Kelantan pun aku ada menerima satu bungkusan yang di dalamnya berisi dua buah buku yang bertajuk Wanita ddalam Raudatul Jannah dan Menjadi Wanita Paling Bahagia.

Assalamualaikum..

Semoga ustazah baik-baik saja. Semoga ustazah sudi menerima hadiah dari saya ini sebagai ucapan tahniah saya kerana ustazah telah terpilih untuk menjadi guru sandaran. Semoga ada manfaatnya buku ini kepada ustazah di hari mendatang.

Peminat misteri

Aku sudah tidak menyimpan sebarang rasa benci kepada lelaki misteri itu lagii hingga tanpa sedar sebarang hadiah atau pemberian darinya aku terima dengan rela hati. Sekurang-kurangnya aku tidak payah membeli untuk itu. Teringin juga aku untuk bertemu dan mengenali siapakah sebenarnya pemanggil misteri itu. Misteri sangatkah dia sampai dia tidak mahu memperkenalkan dirinya kepadaku? Namun aku sangat berharap agar suatu hari nanti kami akan dipertemukan.

‘Tadi kat masjid lagi mak cik lihat Zulaikha asyik termenung. Kenapa ni?” Tanya orang tua itu sewaktu kami berjalan pulang dari masjid

“Tak ada apa-apa la mak cik. Ika tak sedap badan,” jawabku.

“Yelah, tak sedap badan ke tak sedap hati. Macamlah aku tak tahu. Nak sorok kat siapa hah?!” Kartini mula nak beradu mulut denganku.

“Eh si joyah ni. Kalau ada pun, aku ingat kat famili aku kat Rawang tu ha,” Aku tak mahu orang lain tahu dilemma ku hadapi ini hatta Kartini sekalipun.

“Dah tu siapa pemanggil misteri tu?” Rupa-rupanya Kartini sudah mengetahui tentang hal itu. Tapi dari mana dia tahu? Aku rasa, aku tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang pemanggil misteri itu kepada sesiapa. Pelik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience