BAB 4

Romance Completed 12433

Suasana pagi di Kampung Laut ini cukup tenang. Kampung yang berada di atas tebing Sungai Kelantan ini kedudukannya bersetentangan dengan Bandar Kota Bharu. Kita akan dapat melihat bandar itu dari tebing sungai Kampung Laut ini. Rumah bapa saudara Kartini ini agak besar juga.

Boleh dikatakan kebanyakan rumah-rumah di kampung ini bertiang tinggi. Ini bagi mengelakkan daripada ditenggelami air apabila banjir melanda. Boleh dikatakan bapa saudaranya itu dari kalangan orang berada juga.

Dek kerana perjalanan yang memakan masa hampir tujuh jam semalam aku keletihan yang amat sangat hingga tidak sedar bila aku terlena di bilik rumah pak long Kartini tu selepas solat subuh tadi. Aku tersedar dari lena apabila telingaku disapa suara yang sayup-sayup kedengaran.

“Dari mana datang suara tu?” Soal aku pada Kartini.

Itu suara orang memberi kuliyah pagi Jumaat di masjid. Kat sini, setiap hari Jumaat ada kuliyah agama di masjid. Beritahu dia. Baru aku perasan yang rumah pak long Kartini ni tidaklah jauh sangat jaraknya dari masjid.

Kenapa? Soal Kartini agak kehairanan bila memerhatikan aku sedang meneliti suara penceramah yang kedengaran melalui corong pembesar suara masjid itu.

Tak ada apa-apa. Saja tanya. Sebenarnya suara itu telah mengingatkan aku pada seseorang. Orang yang tidak pernah ku tatapi dan tengok wajahnya. Namun aku mengenali suaranya. Suara yang suatu ketika dahulu selalu mengganggu kelancaran dan kelicahan kehidupan kampusku tetapi telah bertukar menjadi satu suara yang selalu kurindu dan ku tunggu-tunggu untuk mendengarnya.

“Assalammualaikum Boleh saya cakap dengan ustazah Zulaikha ?” Tanya satu suara di hujung talian sana.

“Ustazah Zulaikha tak ada, tapi Zulaikha aje adalah! “ jawabku sedikit hairan kerana tak pernah seorang lelaki menelefon aku menanyakan nama Ustazah Zulaikha.

“Amboi pandai loyar buruk nampak, Ah, samalah tu”. Jawab suara itu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience