BAB 6

Romance Completed 12433

“Pergi mati dengan panggilan ustazah awak tu!” itulah kata-kata lahar yang ku hamburkan padanya sebelum talian ku matikan.

Selepas kejadian itu, aku sudah tidak lagi menerima panggilan dari pemanggil misteri itu. Alhamdulillah aman hidup aku. Namu pada ulang tahun aku yang ke 23, satu bungkusan dikirimkan ke alamat rumahku di Rawang. Aku sedikit gabara menerima hadiah yang tidak ku ketahui dari siapa gerangannya.

Sebaik ku buka balutan kotak hadiah itu, kudapati di dalamnya terdapat sepasang baju kurung bewarna ungu muda serta dua helai telekung yang bersulam indah berwarna krim dan putih. Aku terkejut dengan hadiah itu. Dan terselit sekeping nota di dalam bungkusan itu.

Assalamualaikum

Selamat hari lahir yang ke 23 buat Ustazah Zulaikha binti Aflah. Saya doakan semoga Allah memanjangkan usia ustazah dan disirami dengan rahmat dan kasih sayang Allah.

Daripada,

Peminat misteri

Eh! Bagaimana dia boleh tarikh hari jadi aku. Dari mana dia tahu alamat rumah ku? Sah dia ni psiko! Ku belek hadiah pemberiannya kepadaku. Cantik, memang cantik, tahu pula dia warna kegemaranku.

“Amboi kau Ika, kerja kau asyik termenung saja kan! Terkenangkan kekasih hati ke? Usikan mak cik Timah, mak long Kartini itu membuatkan lamunanku terhenti.

“’Mana ada mak cik, saya ni mana ada kekasih,” jawabku.

“Kamu ni memang champion, sambil masak pun boleh termenung, nanti gulai yang kat atas dapur tu boleh hangit tau.” Sampuk Kartini pula memerli.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience